Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
fifa 21 FUT

EA Berdepan Saman RM 24 Juta Daripada Kerajaan Belanda Untuk Kotak Loot Dalam FIFA

Diterbitkan Oktober 30, 2020 oleh Amsyar Latif

Syarikat permainan terkemuka, Electronic Arts (EA) kini berdepan saman dan sedang merayu kepada kerajaan Belanda atas saman sebanyak €5 juta (~RM24 juta) kerana loot box dalam permainan FIFA.

Denda itu dijatuhkan oleh pihak berkuasa Belanda, khususnya Pihak Berkuasa Perjudian Belanda (KSA) pada tahun 2019. Ia kini disahkan oleh hakim Mahkamah Den Haag.

EA diberi masa 3 minggu untuk mengubah cara penggunaan loot box dalam permainan mereka berdasarkan tarikh denda yang dikeluarkan.

FIFA FUT

Sekiranya mereka tidak berbuat demikian, syarikat gergasi ini dipaksa untuk membayar €250,000 (~RM1.2 juta) seminggu sehingga denda maksimum €5 juta.

Walau bagaimanapun, EA menentang keputusan tersebut. Oleh itu, denda ini tidak akan berlaku sehingga keputusan rayuan tersebut tercapai.

Pihak Berkuasa Perjudian Belanda telah menyatakan bahawa loot box adalah satu kesalahan dan itu yang terjadi dalam mod Ultimate Team FIFA kerana bertentangan dengan peraturan perjudian.

EA Berdepan Saman RM 24 Juta Daripada Kerajaan Belanda Untuk Kotak Loot Dalam FIFA

Mod ini juga merupakan mod popular dalam FIFA serta EA mengaut keuntungan yang banyak melalui Ultimate Team.

Menurut Piers Harding-Rolls, seorang penganalisis industri permainan video percaya EA peroleh sehingga $2 bilion daripada Ultimate Team.

Pemain mengeluarkan duit sebenar untuk membeli pek serta gunakannya dalam permainan. Namun, pengguna tidak tahu item yang diperoleh kerana ia diberi secara rawak.

Sumber: sport bible

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY