e-Sukan Menjadi Salah Satu Acara Rasmi Untuk Sukan Olimpik 2022

Permainan video akan menjadi satu acara rasmi sukan Asia.

Ini bakal menangkis pandangan sesetengah individu tentang permainan video yang bersifat negatif.

Dengan termeterai perkongsian antara Majlis Olimpik Asia (OCA) dengan Alisports, e-sukan bakal menawarkan acara pingat kepada pemenang di Sukan Asia 2022.

Senarai permainan video yang akan dimainkan di sukan 2022 ialah FIFA 17, MOBA, dan RTA (Real Time Attack).

OCA berkata mereka akan menantikan penambahan sukan digital dari Alisports.

Presiden Alisports pula berkata  mereka akan bekerjasama untuk mencari penaja bagi memaksimumkan nilai pasaran supaya acara itu akan lebih mendapat sambutan berterusan.

e-Sukan merupakan salah satu bentuk sukan yang menguntungkan dan semakin berkembang.

Dengan pendedahan seperti ini akan melonjakkan lagi e-sukan di mata dunia.

Sumber