Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
perkhidmatan KWSP

E-mel Mengenai Bayaran Lebihan Cukai i-Sinar Adalah Palsu

Diterbitkan Januari 29, 2021 oleh Amsyar Latif

Sejak KWSP membuka permohonan i-Sinar tahun lalu, banyak pihak yang tidak bertanggungjawab cuba mengambil kesempatan yang membabitkan i-Sinar seperti SMS palsu dan penyamaran pegawai KWSP.

Baru-baru ini, terdapat beberapa ahli KWSP menerima e-mel berkenaan bayaran lebihan cukai daripada pengeluaran i-Sinar.

E-mel Mengenai Bayaran Lebihan Cukai i-Sinar Adalah Palsu

Berikutan ini, KWSP menjelaskan bahawa semua pengeluaran simpanan KWSP tidak dikenakan cukai. Selain itu, e-mel tersebut juga merupakan phishing data peribadi ahli.

Oleh itu, sekiranya anda menerima e-mel sebegini, anda dinasihatkan untuk tidak klik pautan dan memasukkan maklumat peribadi sewenang-wenangnya.

Sebarang kemusykilan berkaitan i-Sinar, anda boleh layari i-Sinar Online atau media sosial rasmi KWSP untuk mendapatkan maklumat yang sahih.

Sumber: KWSP

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
©2026 WISER.MY