Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Syarikat Asean Perlukan 184 Hari Untuk Mengesan Pelanggaran Keselamatan Siber

Dua Rakyat Malaysia Didakwa Kerana Terlibat Dalam Aktiviti Penggodaman

Diterbitkan September 17, 2020 oleh Amalina Athman

Dua rakyat Malaysia bersama lima warganegara China telah didakwa oleh Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat kerana terlibat dengan aktiviti penggodaman terhadap ratusan syarikat dan organisasi secara global khususnya di AS.

Menurut DoJ, Wong Ong Hua, 46, dan Ling Yang Ching, 32 yang merupakan ahli perniagaan itu telah bersekongkol dengan dua penggodam warganegara China untuk menyasarkan industri permainan video secara khususnya di AS, Perancis, Jepun, Singapura dan Korea Selatan.

Antara taktik yang digunakan termasuk mencuri barang dalam permainan (in-game) dan menjualnya dalam pasaran gelap. Menurut Timbalan Peguam Negara Jeffrey Rosen,

“Two of the Chinese defendants stand accused with two of the Malaysian defendants of selling those resources on the black market through their illicit website.”

Bagaimanapun, kedua-duanya telah ditahan di Sitiawan, Perak oleh pihak berkuasa tempatan pada 14 September 2020.

Bagi tiga penggodam warga China yang lain, mereka didakwa telah menyasarkan pembangun perisian, organisasi sosial media dan lain-lain. Memandangkan AS tidak mempunyai perjanjian ekstradisi dengan China, kelima-lima warga China ini masih bebas.

Dalam pada itu, Verizon, Microsoft, Facebook dan Alphabet, syarikat induk Google turut bekerjasama bagi membantu siasatan dalam kes ini.

Sumber: Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat via BBC

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Reddit Mula Uji Paparan Iklan Dalam Hasil Carian
  • CelcomDigi Tawar Pas Perantauan Umrah Pada Harga RM100 - Boleh Digunakan Di 6 Negara
  • Permainan Telefon Pintar Cara Unik Jepun Selenggara Tiang Utiliti
  • Windows 11 Kini Lebih Responsif Pada PC RAM 8GB, 'Multitasking' Sehingga 40% Lebih Pantas
  • Netflix Perkenal Tab Baharu 'AI Discover'
  • Chatbot AI Google Mungkin Langgar Peraturan Hak Cipta Akhbar: Penasihat undang-undang EU
  • Senarai Telefon Xiaomi, REDMI Dan POCO Yang Terima HyperOS 4, Mula Diedarkan Hari Ini
  • Binance Dedah Tawaran Temu Duga Kerja Palsu Antara Helah Penggodam Dalam Kecurian Aset Kripto AS$6.34 Bilion
©2026 WISER.MY