Dropbox Gandakan Saiz Storan Versi Profesional Dan Perniagaan Asas

Dropbox hari Ini mengumumkan peningkatan kapasiti terhadap dua versi berbayar storan awan, Profesional dan juga Perniagaan.

Pengguna pelan Profesional sebelum ini melanggan storan berkapasiti 1TB pada nilaiĀ $16.58 (~RM67.31) sebulan. Selepas ini, ruang storan versi akan ditingkatkan kepada 2TB, memberi ruang kepada anda untuk menyimpan lebih data serta dokumen penting.

Sementara itu, bagi pelan Perniagaan Asas yang menyasarkan organisasi atau kumpulan, saiz storan akan dinaikkan kepada 3TB.

Pelan Perniagaan Asas ini ditawarkan pada bulanan $12.50 (~RM 50.74).

Naik taraf yang diberikan ini sejajar dengan gaya penggunaan pelanggan yang banyak melibatkan fail berdefinisi tinggi, seperti video 4K dan sewaktu dengannya.

Sumber: Dropbox