Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Dron Penumpang Akan Mula Beroperasi Di Dubai Musim Panas Ini

Dron Penumpang Akan Mula Beroperasi Di Dubai Musim Panas Ini

Diterbitkan Februari 14, 2017 oleh Helmi Samsuri

Mendapat perhatian ramai ketika acara CES2016 dahulu, sebuah dron yang mampu memuatkan seorang penumpang akan mula terbang diruang angkasa bandaraya Dubai pada musim panas nanti. Perkara ini telah pun disahkan oleh ketua agensi pengangkutan dan jalanraya Dubai, Mattar Al-Tayer, yang membuat pengumuman tersebut di Sidang Kemuncak Kerajaan Dunia hari ini. Drone yang dikenali sebagai Ehang 184 buatan China itu dijadualkan akan memulakan operasi pada Julai 2017.

Mattar turut menambah, dron tersebut sudah pun menjalani fasa eksperimen dimana ia telah dibawa terbang mengelilingi menara Burj Al-Arab yang mempunyai tempat mendarat helikopter berketinggian 689 kaki. Ia mempunyai reka bentuk bujur seakan-akan ‘telur’ dengan 4 bilah kipas di empat penjuru dan menjadikan 16 bilah kipas kesemuanya.

Ehang 184 diprogram untuk terbang sejauh 100Km dengan kelajuan 97 km/jam pada altitud 300 meter(1000 kaki). Ia juga mampu terbang selama 30 minit dengan jarak yang dianggarkan sejauh 48Km, separuh daripada jarak ia mampu terbang. Walaubagaimanapun, dron ini hanya terhad membawa beban maksimum sebanyak 118Kg yang mana ia mampu memuatkan seorang penumpang dan beg pakaian bersaiz kecil.

Dron ini berfungsi secara automatik, jadi penumpang yang ingin menaikinya hanya perlu memilih destinasi dan ia akan terbang ke tempat yang dipilih sambil dipantau oleh pusat kawalan. Ehang 184 akan berkomunikasi dengan pusat kawalan menerusi rangkaian tanpa wayar 4G.

Sumber: Next Big Future

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY