Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Drive-In Cinema Pertama Di Malaysia, Casuarina Sini-Drive!

Drive-In Cinema Pertama Di Malaysia, Casuarina Sini-Drive!

Diterbitkan Julai 23, 2020 oleh Nadiah Ab

Baru-baru ini, Perak baru sahaja melancarkan ‘drive-in cinema’ yang pertama di Malaysia! Casuarina Sini-Drive yang terletak di Bandar Meru Raya, Ipoh, Perak telah dirasmikan pada 18 Julai yang lalu.

drive-in cinema pertama di malaysia

Casuarina Sini-Drive telah dirasmikan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu. Menurut syarikat Casuarina Meru, ini adalah panggung pandu masuk pertama yang dilengkapi dengan laman web dan sistem tiket dalam talian sendiri.

Drive-In Cinema Pertama Di Malaysia, Casuarina Sini-Drive!

Pasti anda berfikir macam mana nak dengar bunyi dari filem yang ditayangkan? Adakah anda perlu menurunkan tingkap kereta sepanjang menonton filem?

Jangan risau! Anda boleh mendengar melalui radio kereta anda sendiri kerana sudah ada tetapan frekuensi radio khas untuk menonton filem di sini. Bukan itu sahaja, Casuarina Sini-Drive dapat memuatkan sebanyak 70 buah kereta dalam satu masa.

drive-in cinema pertama di malaysia

Panggung pandu masuk ini merupakan salah satu usaha untuk memajukan sektor pelancongan negeri Perak yang telah terjejas akibat pandemik Covid-19.

Tiket dijual bermula dari harga RM36 hingga RM42 untuk setiap kereta dan disertakan dengan satu set snek makanan dan minuman. Pengunjung boleh mula menonton filem bermula dari jam 8 malam hingga 11 malam setiap hari kecuali hari Isnin.

Jika anda berminat, anda boleh membuat tempahan tiket di laman web rasmi Casuarina Sini-Drive.

Sumber: FMT

Baca lagi: Siri Dan Filem Seram Terbaik Anda Wajib Tonton Di Netflix

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Tawar 60,000 Pekerja Mereka Berhenti Sukarela Sambil Berbelanja Besar Pada AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
  • OpenAI Lancar GPT-6.1 Terra, Lebih Pantas Dengan Ketepatan Fakta Dipertingkat
  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
©2026 WISER.MY