Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
internet down

Ini Cara Downdetector Tahu Bila Servis Mula Buat Hal

Diterbitkan Mei 23, 2025 · Dikemas kini Mei 23, 2025 oleh ariff bukhari

Ketersediaan rangkaian internet tidak selalunya tersedia ada apabila mahu diakses. Kerap juga berlaku di mana insiden rangkaian internet terputus sehingga menjejaskan berjuta-juta pengguna di seluruh dunia.

Apabila perkhidmatan ini tergendala, masa adalah sangat penting. Setiap minit yang berlalu boleh menyebabkan kerugian wang, masa, reputasi, dan kepercayaan pengguna.

Masalah rangkaian ini pula boleh berpunca daripada pelbagai faktor meliputi isu dalaman, seperti pelayan (server) syarikat rosak, masalah dengan perkhidmatan pihak ketiga seperti Google Cloud atau masalah yang berpunca daripada penyedia internet (ISP) dan lain-lain.

Contoh gangguan besar yang boleh disebut di sini adalah seperti isu gangguan pada PlayStation Network pada Februari lalu yang telah menjejaskan berjuta penggunanya.

Siaran langsung semasa perlawanan tinju antara Mike Tyson vs Jake Paul turut berlaku gangguan perkhidmatan pada platform penstriman Netflix, November 2024 lepas.

Platform media sosial seperti Fcebook dan X juga tidak terkecuali dengan gangguan rangkaian.

Maka, di sinilah wujudnya perkhidmatan yang dikenali sebagai Downdetector.

downdetector x
Contoh terbaru melibatkan servis X tergendala yang dikesan Downdetector hari ini.

Downdetector ialah platform global yang mengesan gangguan perkhidmatan internet yang diperolehi menerusi laporan yang diterimanya daripada pengguna seluruh dunia.

Jika ramai pengguna melaporkan masalah yang sama dalam satu-satu masa, sistem tersebut akan mengesan bahawa gangguan rangkaian sedang berlaku.

Kelebihan Downdetector bukan sekadar mengumpul laporan pengguna, tetapi juga menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk menukarkan data tersebut kepada maklumat berguna.

Di sinilah Downdetector memainkan peranan pentingnya kepada industri kerana ia akan memberikan amaran awal kepada syarikat, malah kadang-kadang lebih awal daripada sistem pemantauan dalaman milik syarikat itu sendiri.

Ini Cara Downdetector Tahu Bila Servis Mula Buat Hal

Keberkesanan Downdetector ini adalah hasil daripada terkumpulnya data daripada lebih 20 juta pengguna aktif setiap bulan di lebih 64 buah negara dengan memantau lebih 25,000 perkhidmatan di seluruh dunia.

Laporan terkumpul yang diterima itu kemudiannya dianalisis oleh kecerdasan buatan (AI) pada masa nyata untuk mengenal pasti punca sebenar masalah.

Downdetector membantu mengenal pasti bahawa masalah itu berpunca daripada sistem dalaman masing-masing sendiri, bukan daripada pihak ketiga.

Jadi, maklumat daripada data terkumpul yang dianalisis itu memberi manfaat kepada syarikat tanpa mereka perlu menghabiskan masa, membuat semakan ribuan aduan yang diterima dengan sendiri.

Data yang terperinci ini membantu syarikat mengesan dan menyelesaikan masalah yang dialami mereka dengan lebih mudah dan cepat.

Ini Cara Downdetector Tahu Bila Servis Mula Buat Hal

Malah Downdetector bukan sahaja memaparkan gangguan pada laman sesawangnya yang terbuka kepada umum, tetapi juga menawarkan Downdetector Explorer, iaitu ciri yang tersedia kepada syarikat-syarikat, dengan menawarkan data yang lebih terperinci, notifikasi masa nyata dan sokongan integrasi dengan alat pemantauan lain seperti Slack dan Datadog.

Ini Cara Downdetector Tahu Bila Servis Mula Buat Hal

Apa yang dapat disimpulkan adalah, Downdetector memanfaatkan kelebihan sumber data yang diterima daripada komuniti pengguna itu sendiri.

Kemampuan pengumpulan data yang luas ini menjadi kunci penting yang membolehkan pengguna mengenal pasti dengan lebih tepat lokasi gangguan perkhidmatan yang berlaku yang mungkin syarikat-syarikat perkhidmatan internet terlepas pandang.

Kelebihan ini sekali gus membantu syarikat mengenal pasti masalah perkhidmatan mereka dengan lebih pantas menerusi laporan komuniti pengguna yang besar dan sistem analisis yang dipacu AI.

Berkaitan

  • Umpama Sekali Cas, Sehari Gaming - realme 14 5G
  • China Lancar Bateri Supercas 1,400A Pertama Dunia, Cas Satu Minit Beri Julat 150km
  • YU7, SUV Pertama Xiaomi Hadir Sebagai Pencabar Tesla Model Y

Sumber: Ookla®

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MCMC Rekod 5,333 Ketidakpatuhan Standard Mandatori Liputan Telekomunikasi - Teo
  • 3 Earphone 'Flathead' Bawah RM40
  • Reka Proton e.MAS Impian Guna AI, Pengguna Berpeluang Miliki Model 3D Rekaan Sendiri
  • 2 Fon Telinga Baharu CMF Kini Di Malaysia, Harga Dari RM129
  • Dua Palet GPU RTX 5090 Dianggarkan Bernilai RM2 Juta Dilapor Hilang Sebaik Tiba Di Lapangan Terbang Brazil
  • OPPO Perkenal Masterclass, Tawar 60 Sesi Bengkel Fotografi Di Malaysia
  • Uruguay Cuba Penggunaan Kad Merah Dan Kuning Elektronik
  • Syarikat Infrastruktur AI Singapura Berhasrat Bangunkan Sehingga 500MW Kapasiti Pusat Data Baharu Di Malaysia
©2026 WISER.MY