DJI Goggles, Alami Perasaan Seperti Superman Apabila Memandu Drone

DJI telah mempamerkan sepasang cermin mata pada pelancaran DJI Mavic Pro tahun lepas. Ianya digelar DJI Goggles, bertujuan untuk dihubungkan bersama drone Mavic Pro atau Phantom 4, memberi keupayaan kepada pengguna mengawal pemanduan drone menggunakan pergerakan kepala.

Ia dilihat sama seperti fon kepala VR, memberikan perasaan seolah-olah anda sedang terbang di atas langit. Drone ini dibina dengan skrin paparan di dalam dan pengguna dapat melihat sendiri pandangan bumi dari atas.

Memandu drone dengan bergaya! Lihat video di bawah

[embed]https://www.youtube.com/watch?v=L0oQnKKt6Po[/embed]

Gogal ini mempunyai dua mod paparan (satu dalam resolusi 720p pada 60fps dan 1080p pada 30fps; kedua-duanya dengan kependaman 110ms), resolusi 1920x1080, kawalan pad sentuh , bicu fon kepala dan jangka hayat bateri selama enam jam.

Anda tidak akan mempunyai kawalan penuh ke atas penerbangan drone dalam mod penerbangan 'head tacking', drone akan bergerak ke hadapan pada kelajuan yang ditetapkan, dan anda boleh mengubahnya haluan kiri atau kanan.

dji-goggles-poster-e1477478484505

Terdapat juga mode pemanduan yang membenarkan rakan lain mengawal pemanduan drone semasa anda memakai gogal tersebut.

Harga adalah sekitar $449 dan sudah mula menerima tempahan bermula di US dan akan mula mengedarkan unit pada bulan Mei ini.

Sila ke laman web yang dipautkan di bawah jika nak tahu dengan lebih lanjut.

DJI