Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
netflix cukai

Disyaki Elak Cukai, Pihak Berkuasa Itali Minta Netflix Bayar RM259 Juta

Diterbitkan Mei 23, 2022 oleh Nadiah Ab

Perkhidmatan penstriman, Netflix dihimpit lagi dengan masalah apabila dikaitkan dengan pertikaian cukai dengan Itali.

Lantaran itu, Netflix dilaporkan telah bersetuju untuk menyelesaikan pertikaian tersebut dengan pihak berkuasa Milan.

Pendakwa raya Milan mengeluarkan kenyataan mengatakan mereka telah menyelesaikan hal ini dengan Netflix atas penstriman on-demand video multinasional untuk tempoh yang meliputi Oktober 2015 hingga 2019 dengan bayaran 55.8 juta euro (~RM259 juta).

Pihak berkuasa Milan telah membuka siasatan terhadap potensi pengelakan cukai tiga tahun lalu.

Mereka mendakwa Netflix sepatutnya membayar cukai di Itali kerana ia bergantung pada infrastruktur digital untuk menstrim kandungan kepada 2 juta pengguna di negara itu.

Dilaporkan juga Netflix kini telah membuka pejabat di Itali, menubuhkan pangkalan di Rom dan mengambil lebih daripada 40 pekerja.

Sumber: abc News

Baca juga:

  • Netflix Sengsara, Lebih Banyak Kehilangan Pelanggan Jangka Panjang
  • Netflix Merancang Perkenal Rancangan Berbentuk ‘Live Streaming’
  • Netflix Dikhabarkan Akan Wujudkan Iklan Hujung Tahun Ini

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY