Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Disney+ Hotstar wide

Disney+ Hotstar Akan Tiba Di Malaysia, Ini Adalah Harga Langganan

Diterbitkan Mei 4, 2021 · Dikemas kini Mei 4, 2021 oleh Amsyar Latif

Awal tahun lalu, kami telah melaporkan yang mana Disney+ Hotstar akan ditawarkan buat pengguna di Malaysia tidak lama lagi.

Kini, ia secara rasmi akan tiba di Malaysia pada 1 Jun 2021 dan Astro dilantik sebagai pengedar rasmi.

Dari segi harga, ia menawarkan langganan sebanyak RM54.90 untuk tiga bulan. Bermakna, sekitar RM18.30 untuk sebulan melalui aplikasi Disney+ Hotstar.

Namun bagi pelanggan ‘Movies Pack’ Astro pula, mereka boleh strim Disney+ Hotstar ini dengan hanya langganan tambahan RM5 sebulan. Sementara bagi pelanggan lain, anda turut boleh menikmatinya melalui ‘bundle’ yang lain.

Eng_Social Media visual

Dengan ini, Astro bakal menjadi tempat yang menawarkan 800 filem dan 18,000 kandungan asli daripada Disney.

Selain filem-filem Avengers atau siri seperti The Mandalorian, The Falcon and The Winter Soldier, ia turut menampilkan judul tempatan seperti Ejen Ali, Upin Ipin dan banyak lagi.

Dalam pada itu, mereka juga akan menyediakan kandungan Disney+ Hotstar ini menerusi kotak Ultra dan Ulti yang mana memberikan kemudahan kepada pelanggannya.

Tambahan lagi, anda boleh mula melanggan Astro Movies Pack mulai hari ini dimana ia sudah disertakan dengan Disney+ Hotstar.

Oleh itu, adakah anda teruja dengan kehadiran Disney+ Hotstar ini di Malaysia?

Sumber: Siaran Media Astro

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY