Kemaskini (25 Januari 2021) – Platform Instagram disneyplusthotstarmy dilihat tidak lagi boleh diakses.
Baru-baru ini, akaun rasmi Instagram Disney+ Hotstar telah muncul dan ini merupakan satu petanda bahawa ia akan ditawarkan buat pengguna di Malaysia tidak lama lagi.
Menerusi foto yang dimuat naik menerusi laman Instagram tersebut, ia kelihatan perkataan “Loading“ dan ini menguatkan lagi perkara ini. Tambahan, foto tersebut juga adalah sama yang dilihat melalui akaun Disney+ Singapura.
Selain itu, di Asia Tenggara hanya Indonesia sahaja yang sudah menerima perkhidmatan Disney+ sementara Singapura pula akan dilancarkan pada bulan hadapan.
— Disney+ Singapore (@DisneyPlusSG) December 8, 2020
Untuk pengetahuan, Hotstar adalah sebuah laman penstriman daripada India dan telah menjadi sebahagian daripada Disney pada tahun 2019.
Selain itu, Disney+ Hotstar ini adalah sedikit berbeza berbanding Disney+ dimana judul dengan resolusi 4K masih belum ditawarkan.
Di India, akaun Disney+ Premium berharga Rs299 (~RM17) sebulan atau Rs1449 (~RM80) setahun. Sementara bagi akaun lebih murah – Disney+ VIP adalah berharga Rs399 (~RM22) setahun.
Bagi penawaran drama, rancangan atau filem, pengguna boleh menikmati judul seperti siri Star Wars, siri Avengers, The Mandalorian, filem daripada Pixar serta beberapa kandungan daripada HBO dan Fox.
Oleh itu, Disney+ Hotstar mungkin akan hadir sekitar pertengahan tahun 2021 atau secepat yang mungkin kerana terdahulu pihak Astro telah pun menghentikan saluran Disney yang bermula awal tahun ini.
Sumber: Lowyat