Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Saluran Disney XD, Disney Junior dan Disney Channel Kini Tidak Lagi Dapat Diakses

Saluran Disney XD, Disney Junior dan Disney Channel Kini Tidak Lagi Dapat Diakses

Diterbitkan Januari 1, 2021 oleh Amalina Athman

Astro pada bulan lalu telah mengumumkan bahawa Disney akan menghentikan siaran saluran Disney XD di seluruh rantau Asia Tenggara bermula 1 Januari 2021.

Terbaru, bermula hari ini, siaran Disney XD (CH 612), Disney Junior (CH 613) dan Disney Channel (CH 614) dilihat tidak lagi dapat diakses melalui perkhidmatan TV berbayar Astro.

Disney Astro

Bagaimanapun, pihak Astro menyatakan saluran tersebut telah digantikan dengan saluran baharu seperti Boomerang (CH 619) dan Nick Jr (CH 617). Astro turut menambah saluran FAMtv (CH 100) bermula 15 Disember lalu.

Sementara itu, Disney tidak menyatakan alasan penghentian siaran saluran ini. Namun, hampir pasti ia menandakan Disney+ akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi. Seperti yang dilaporkan oleh Lowyat.net, Disney pada Jun tahun lalu telah menghentikan ketiga-tiga saluran berkenaan di UK sebelum melancarkan Disney+ di negara itu.

Pada masa ini, hanya Indonesia yang telah menerima Disney+ bagi negara di Asia Tenggara. Sementara itu, perkhidmatan penstriman Disney+ di Singapura pula akan dilancarkan pada Februari depan.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY