Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
disket apple

Disket Komputer Macintosh Yang Ditandatangan Steve Job Dilelong

Diterbitkan November 29, 2019 oleh ariff bukhari

Bidaan sudah mencecah USD8,000.

satu lagi barangan bersejarah Apple dilelong kepada pembeli. Kali ini adalah sekeping disket komputer Apple Macintosh yang ditandatangan oleh tokoh yang bertanggungjawab bersama membangunkan Apple, Steve Job.

Disket tersebut mula disenaraikan untuk lelongan oleh laman RR Auction sejak 26 November lalu dan lelongan disket ini akan ditamatkan pada 4 Disember nanti.

Berikut adalah sedikit info ringkas yang dipaparkan berkenaan disket tersebut oleh RR Auction:-

“Macintosh System Tools Version 6.0 floppy disk, signed in black felt tip, “steve jobs.” In fine condition, with slight brushing to the ink.”

Dari semakan yang dibuat, setakat ini disket itu sduah dibida oleh 12 pembida dan harga bidaan sudah pun mencecah USD8,000.

Barangan vintaj Apple sememangnya menjadi buruan para peminat produk-produk Apple walaupun dijual pada harga yang tinggi.

Sebelum ini buku manual komputer Apple-1 telah dilelong lebih daripada USD10,000 dan sekeping kertas mengandungi spesifikasi Apple-1 yang ditulis dengan tangan oleh Steve Jobs telah dilelong lebih daripada USD170,00.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY