Tulisan Tangan Steve Jobs Bakal Dilelong Dengan Harga Anggaran Sekitar RM250,000

Hampir 7 tahun Steve Jobs meninggalkan kita namun pengasas Apple itu sentiasa dikenang kerana berjaya menaikkan nama syarikat itu diserata dunia.

Ramai yang mengidolakan beliau sehingga sanggup menghabiskan sejumlah besar wang untuk memiliki barang atau apa-apa yang berkaitan dengannya.

Terbaru, kertas yang sekeping kertas mengandungi spesifikasi Apple-1 yang ditulis dengan tangan bakal dilelong pada esok hari di New York.



Disamping itu, pembida yang berminat akan diberikan sekali dua keping foto polaroid, sekeping menunjukkan Apple-1 dengan papan kekunci dan sekeping lagi menunjukkan paparan skrin komputer tersebut.

Lelongan ini akan dikendalikan oleh Bonhams dan manuskrip ini dinilaikan antara ~RM170,000 hingga ~RM250,000.

Sumber: Bonham