Disangka Mi 12 Ultra, Rupa-Rupanya Mix 5 Pro Yang Hadir Dengan Leica, Diramal Rasmi Mac Ini

Selepas siri Xiaomi 12 dilancarkan beberapa minggu lalu, khabar angin tentang model dengan spesifikasi paling tinggi dalam siri ini iaitu Xiaomi 12 Ultra sering kedengaran.

Sebelum ini, kami ada kongsikan tentang Xiaomi 12 Ultra yang dikatakan akan menggunakan teknologi kamera hasil kerjasama Xiaomi dan Leica. Ura-ura terbaru pula mendakwa Mix 5 didatangi dengan rekaan bulat di bahagian kamera belakang dan menjadi telefon pertama hasil kerjasama Xiaomi-Leica ini.

Siri ini akan diperkenalkan dengan dua model iaitu Mix 5 dan Mix 5 Pro.

https://twitter.com/RODENT950/status/1478681617396867077?s=20

Jika anda mengikuti perkembangan telefon Xiaomi, pasti anda tidak asing dengan siri Mix yang sentiasa hadir dengan reka bentuk atau ciri yang 'asing' dan futuristik. Mix 4 sebelum ini menjadi telefon pertama Xiaomi dengan kamera bawah skrin dan dijangka Mix 5 juga akan meneruskan unsur ini.

Kamera bawah skrin mungkin akan mengoptimasikan sensorĀ 48MP tetapi tidak dapat dipastikan sejauh mana kebenaran ramalan ini berbanding spesifikasi lain.



Xiaomiui berkongsi desas-desus bahawa siri Mix 5 akan disertakan skrin E5 AMOLED 6.73 inci dengan sokongan ULPS dan LTPO 2.0 dan resolusi WQHD+. Dengan kecerahan maksimum 1500 nit dan perlidungan Corning Gorilla Glass Victus, kedua-dua Mix 5 dan Mix 5 Pro turut mempunyai sokongan HDR10 dan Dolby Vision.

Tidak dilupakan juga, ia akan dikuasakan cip Snapdragon 8 Gen 1, RAM LPDDR5 sebesar 12GB dan storan maksimum 256GB serta paling penting untuk tahun 2022, sokongan 5G. Bagi bateri pula, Mix 5 Pro mungkin hadir dengan bateri setinggi 5000mAh dan mempunyai pengecasan berwayar 200W dan 50W tanpa wayar.

Xiaomi 12U

Mix 5 Pro dikatakan akan mempunyai pembesar suara talaan Harman Kardon selain kamera yang lebih baik daripada Mix 5.

Sumber juga meramalkan Xiaomi akan meletakkan kamera 50MP iaitu Samsung ISOCell GN5 pada siri Mix terbaru ini namun Xiaomiui turut melaporkan cip buatan Xiaomi iaitu Surge C2 akan sama menjana Mix 5 Pro untuk pemprosesan gambar.

Siri Mix 5 ini dijangka dirasmikan di China pada bulan Mac ini dan tidak dipastikan apakah ia hanya ekslusif untuk pasaran sana.

Sumber: LetsGoDigital, Xiaomiui

Gambar: LetsGoDigital

Baca juga: