Dipenjara Kerana 'Cipta' Bayi Kebal Penyakit, Saintis Dari China Kini Bebas

He Jiankui, seorang saintis dari China pada 2015 telah mengakui dia berjaya mengubah suai genetik embrio. Beliau melakukannya untuk memastikan bayi dilahirkan tidak akan dijangkiti beberapa penyakit seperti HIV, cacar (smallpox) dan taun (cholera).

Perkara ini dapat dijayakan dengan menghapuskan protein yang dipanggil CCR5 (Cysteine-Cysteine Chemokine Receptor 5) yang terdapat pada lapisan sel darah putih.

CCR5 ini menjadi 'pintu masuk' bagi HIV di mana virus tersebut melekat padanya sebelum masuk ke dalam sel. Tetapi, ada segelintir manusia yang secara semula jadi kebal terhadap penyakit ini. Jadi, He cuba mencipta semula mutasi ini dengan mengubah DNA dalam embrio.

In this Oct. 10, 2018 photo, He Jiankui speaks during an interview at a laboratory in Shenzhen in southern China's Guangdong province. Chinese scientist He claims he helped make world's first genetically edited babies: twin girls whose DNA he said he altered. He revealed it Monday, Nov. 26, in Hong Kong to one of the organizers of an international conference on gene editing. (AP Photo/Mark Schiefelbein) Kapsyen: He Jiankui. Sumber: AP


Akan tetapi, isu timbul kerana dengan ketiadaan CCR5, ini boleh menyebabkan seseorang lebih terdedah untuk dijangkiti virus lain pula seperi West Nile dan pelbagai lagi.

Dituduh melanggar etika, dia menerima kritikan daripada ahli perubatan seluruh dunia kerana ia mampu memberi kesan besar kepada manusia sejagat pada masa depan jika bayi ini mempunyai keturunan kelak.

Projek ini ini dibantu alatan yang berkuasa dinamakan CRISPR (clustered regularly interspaced short palindromic repeats) yang digunakan meluas untuk mengubah atau menyunting genetik.

Bagaimana proses ubah suai DNA embrio ini berlaku?

Pertama sekali, sperma akan 'dicuci' terlebih dahulu daripada air mani. Sperma tunggal kemudian dimasukkan ke dalam telur untuk membentuk embrio. Selepas embrio terbentuk barulah pengubahsuaian genetik ini dilakukan.

Apabila ia berusia 3-5 hari, beberapa sel akan dibuang dan disemak untuk disunting. Pasangan terlibat boleh memilih untuk menggunakan embrio yang diubah suai atau tidak untuk percubaan hamil.

Hasilnya, sepasang kembar perempuan bernama Lulu dan Nana telah dilahirkan hasil dalam 'eksperimen' ini. Sebuah saluran YouTube dan video berkenaannya juga diterbitkan pasukan He.



Namun, He tidak terlepas begitu saja. Mahkamah China mendapati He dan dua lagi penyelidik bersalah atas 'amalan perubatan haram' atau illegal medical practices disebabkan tindakan mereka mengubah DNA embrio bayi serta memalsukan dokumen.

Pada 2019, mahkamah telah menjatuhkan hukuman penjara selama 3 tahun dan denda sebanyak 3 juta yuan (RM2 juta). Dua lagi penyelidik yang terlibat, Zhang Renli dan Qin Jinzhou juga disabitkan kesalahan namun menerima hukuman yang lebih ringan.

{suggest}

Tahun ini, He telah dibebaskan daripada penjara. Laporan mengatakan sejak pembebasannya, beliau sudah menghubungi beberapa orang dalam bidangnya sama ada yang berada di China dan luar.

Bagaimanapun, ada saintis seperti John Zhang, Michael Deem yang menyokong projek ini serta berniat untuk mengkomersialkan teknologi ini.

Sumber: Technology Review, AP, The Guardian