Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ios 16 imessage

Dijangka Model iPhone Ini Tidak Lagi Akan Terima iOS 16

Diterbitkan Disember 22, 2021 oleh Amsyar Latif

Selain daripada status atau kemampuan kamera, ramai yang memilih peranti iPhone disebabkan sokongan kemas kini yang lama. Kebiasaannya Apple akan memberikan sehingga 5 tahun.

Bagi anda yang masih lagi menggunakan model iPhone lama, mungkin selepas ini sudah tiba masanya untuk menaik taraf telefon tersebut.

Hal ini kerana menurut iPhonesoft, mereka menerima maklumat bahawa tiga model iPhone, iaitu iPhone 6s (2015), iPhone 6s Plus (2015) dan iPhone SE (2016) tidak akan lagi menerima kemas kini iOS 16 pada tahun hadapan. Melaluinya, ia boleh dijangka bahawa iOS 16 memerlukan sekurang-kurangnya iPhone yang dijana cip A10 Bionic.

Bagaimanapun, mungkin laporan tersebut tidak benar kerana ramalan mereka pernah tersilap ketika mana iOS 15 dilancarkan tempoh hari.

Namun, pada pendapat saya khabar angin ini berkemungkinan besar adalah benar disebabkan model-model iPhone yang dinyatakan itu sudah tidak lagi relevan pada tahun hadapan.

Dalam pada itu, iPhonesoft juga menyatakan bahawa model tablet Apple seperti iPad Air 2 (2014), iPad mini 4 (2015), iPad Pro 9.7 (2015), iPad Pro 12.9″ (2015) dan iPad Gen 5 (2017) turut tidak menerima kemas kini iPadOS 16.

Dijangka Apple bakal mengumumkan iOS 16 dan iPadOS 16 sekitar bulan Jun tahun 2022. Oleh itu, sama-sama kita tunggu.

Sumber: iPhoneSoft

Baca juga:

  • Disebabkan Bencana Yang Menimpa Di Malaysia, Apple Akan Beri Sumbangan

  • Sampai Bila Kamera iPhone Nak 12MP Sahaja?

  • Apple Telah Failkan Paten Pengecasan Tanpa Wayar Untuk iPad

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY