Melalui teknologi Virtual Tourism tersebut, ia membolehkan para pengunjung menikmati pemandangan 360 darjah Gunung Machincang. Paparan visual akan dipancarkan secara langsung sejauh 20 kilometer menggunakan kamera yang dipasang di stesen tengah SkyCab Langkawi.
Dengan keupayaan 5G dalam memberikan kelajuan pantas dan penyambungan kadar kependaman latensi yang sangat rendah, pengunjung dapat menikmati pemandangan dalam masa nyata dengan kualiti paparan yang berdefinisi tinggi tanpa sebarang gangguan.
Pameran ini adalah sebahagian daripada kes penggunaan Digi dalam Projek Demonstrasi 5G (5GDP) yang dijalankan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Pameran ini bertujuan memudahkan, membangunkan dan mengadaptasikan kes penggunaan 5G secara langsung dalam persekitaran yang terkawal.
Bagi anda yang mahu merasakan pengalaman pelancongan maya 5G ini. ia dibuka untuk umum sehingga Mac 2020.
Berkaitan
- Digi Beri Bantuan Kepada 1,000 Keluarga Mangsa Banjir
- Pesta Buku Digital Malaysia Akan Ganti Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2020
- Digi Uji Ambulans 5G Pertama Di Langkawi
- Pulau Pinang Paparkan Poster Digital Berkenaan Covid-19 Di 13 Lokasi
- E-Tunai Bawa Terminal Melaka Sentral Ke Era Digital
- e-Petani – Platform Digital Untuk Bantu Petani Dan Pekebun Jual Hasil Tanaman
- UniSZA Universiti Pertama Wujudkan Kemudahan Manuskrip Digital Bagi Manuskrip Islam Dan Melayu
- Celcom Lancarkan Sistem Pengawasan 5G Di Pelabuhan Langkawi
- Dapatkan Peranti Vivo Dengan Digi Postpaid Plan Dan Berpeluang Menangi Hadiah Sehingga RM30 Ribu
- Yayasan AirAsia Lancar Tabung Bantuan Digital AirAsia Foundation Di Bawah Kempen #InThisTogether