Digi Tawar Langganan Amazon Prime Video Bermula RM14 Sebulan

Bermula hari ini, pengguna Digi di Malaysia kini boleh melanggan servis penstriman video atas talian Amazon Prime Video. Ia boleh dilanggan pada harga RM27 sebulan. Namun, untuk 6 bulan pertama harganya adalah pada RM14 sebulan.

Dengan itu, Digi menawarkan potongan langganan 15% bulan pertama apabila anda mendaftar melalui EasyAdd dalam MyDigi Subscription. Pengguna hanya perlu log masuk ke dalam aplikasi MyDigi dan membayar langganan menggunakan bil telefon atau kredit.



Untuk percubaan langganan, pengguna hanya boleh menikmatinya selama 7 hari sahaja. Selepas itu, harga langganan adalah pada RM14, dan RM27 pada bulan ketujuh dan bulan seterusnya.

Amazon Prime Video merupakan servis penstriman kandungan popular luar negara. Sepertimana servis lain seperti Netflix ataupun iFlix, terdapat juga pelbagai tajuk filem, siri TV popular dan juga kandungan asli Amazon Originals tersendiri. Antara siri popular Amazon Originals termasuklan The Boys, Good Omens, Tom Clancy's Jack Ryan, The Grand Tour, Hanna, The Man in the High Castle dan The Marvelous Mrs. Maisel!.

Kandungan Prime Video boleh diakses melalui model TV pintar terpilih, Android, iOS, Apple TV, ChromeCast, konsol permainan dan juga secara atas talian di PrimeVideo.com.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman EasyAdd dan juga Amazon Prime Video.

 

Berkaitan