Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Amazon prime video

Digi Tawar Langganan Amazon Prime Video Bermula RM14 Sebulan

Diterbitkan Disember 10, 2019 oleh Meor Hasyim

Bermula hari ini, pengguna Digi di Malaysia kini boleh melanggan servis penstriman video atas talian Amazon Prime Video. Ia boleh dilanggan pada harga RM27 sebulan. Namun, untuk 6 bulan pertama harganya adalah pada RM14 sebulan.

Dengan itu, Digi menawarkan potongan langganan 15% bulan pertama apabila anda mendaftar melalui EasyAdd dalam MyDigi Subscription. Pengguna hanya perlu log masuk ke dalam aplikasi MyDigi dan membayar langganan menggunakan bil telefon atau kredit.

Digi Amazon Prime Video

Untuk percubaan langganan, pengguna hanya boleh menikmatinya selama 7 hari sahaja. Selepas itu, harga langganan adalah pada RM14, dan RM27 pada bulan ketujuh dan bulan seterusnya.

Amazon Prime Video merupakan servis penstriman kandungan popular luar negara. Sepertimana servis lain seperti Netflix ataupun iFlix, terdapat juga pelbagai tajuk filem, siri TV popular dan juga kandungan asli Amazon Originals tersendiri. Antara siri popular Amazon Originals termasuklan The Boys, Good Omens, Tom Clancy’s Jack Ryan, The Grand Tour, Hanna, The Man in the High Castle dan The Marvelous Mrs. Maisel!.

Kandungan Prime Video boleh diakses melalui model TV pintar terpilih, Android, iOS, Apple TV, ChromeCast, konsol permainan dan juga secara atas talian di PrimeVideo.com.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman EasyAdd dan juga Amazon Prime Video.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY