Digi Ada Pakej Data Internet Khas Untuk Pelajar RM20 Untuk 30 Hari

Semenjak PKP diumum semula para pelajar sekali lagi diarahkan untuk belajar dari rumah. Oleh itu, Digi memperkenalkan pakej eksklusif yang akan bantu memudahkan sesi belajar atas talian.



Dalam Pakej Data Khas Pelajar berharga RM20 ini, pengguna dibekalkan 15GB data internet berkelajuan tinggi selama 30 hari tempoh sah.

Namun, pakej tawaran masa terhad ini khas untuk pelajar Malaysia yang berumur 12 hingga 24 tahun sahaja.

Disamping itu, Digi juga ada menawarkan pelbagai pelan lain yang boleh membantu memudahkan pengajian atas talian. Antaranya adalah:

  • Subsidi telefon pintar RM300 melalui program Jaringan Prihatin.

  • Internet 50Mbps dibawah Pelan Digi Fibre 90.

  • Langganan JomTuisyen RM10 (setiap bulan) untuk pelajaran tambahan.

  • Zapzapmath Home RM2 (setiap minggu) untuk pelajaran matematik lebih interaktif dan menyeronokkan.


Kepada yang berminat untuk lihat dan langgan pelbagai kemudahan yang ditawarkan Digi, layari aplikasi MyDigi App atau dail *128#.

Baca juga - Cara Tebus Rebat Sehingga RM300 Untuk Prabayar Dan Pascabayar Digi

Maklumat lanjut mengenai Pakej Data Khas Pelajar tekan sini.

Sumber: Digi