Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cara Tebus Rebat Sehingga RM300 Untuk Prabayar Dan Pascabayar Digi

Cara Tebus Rebat Sehingga RM300 Untuk Prabayar Dan Pascabayar Digi

Diterbitkan Mei 6, 2021 · Dikemas kini Mei 6, 2021 oleh ariff bukhari

Kerajaan Malaysia telah mengumumkan inisiatif Program Jaringan Prihatin bagi membolehkan 8 juta rakyat Malaysia yang layak menikmati subsidi telekomunikasi untuk pelan internet atau peranti 4G.

Digi adalah salah satu Penyedia Perkhidmatan Telekomunikasi yang mengambil
bahagian dalam inisiatif tersebut.

Untuk pelanggan Digi, anda mungkin layak untuk salah satu subsidi berikut:-

1. Tebus Rebat RM180

Cara Tebus Rebat Sehingga RM300 Untuk Prabayar Dan Pascabayar Digi

Tebus rebat RM180 Digi ditawarkan dengan pembelian pelan Digi Postpaid atau Digi Prepaid. Ia terbuka kepada individu bujang atau sudah berkahwin yang tiada anak-anak di bawah umur 18 tahun.

2. Tebus Rebat RM300

Cara Tebus Rebat Sehingga RM300 Untuk Prabayar Dan Pascabayar Digi

Tebus rebat RM300 Digi pula ditawarkan menerusi pembelian Pakej Rebat Peranti Digi Postpaid atau Digi Prepaid. Ia terbuka kepada individu bujang atau sudah berkahwin dengan anak-anak di bawah umur 18 tahun.
Tebus Rebat Sehingga RM300 2
Pendaftaran bagi tawaran khas Digi ini mesti dibuat dalam tempoh 5-Mei-2021 sehingga 31-Julai-2021.
Berikut adalah 4 langkah memohon tebus rebat sehingga RM300 Digi:
1. Klik atau tap pada butang JOM TEBUS di laman Digi atau anda boleh terus semak kelayakan di laman https://www.digi.com.my/jaringan-prihatin-bm/eligibility-bm
2. Semak kelayakan dengan kad pengenalan
Tebus Rebat Sehingga RM300
3. Aktifkan nombor dengan Digi (jika anda pelanggan baru)
4. Daftar untuk Jaringan Prihatin
5. Tebus tawaran Jaringan Prihatin; sama ada Rebat Pelan atau Rebat Peranti
Digi Prepaid yang layak untuk tawaran ini adalah Digi Prepaid NEXT 35 dan Prihatin 35 Prepaid Bundle.

– Digi Prepaid NEXT 35

Tebus Rebat Sehingga RM300 3
Semua pelan Digi Prepaid bulanan bernilai RM30 dan ke atas turut layak untuk tawaran ini.

– Prihatin 35 Prepaid Bundle

Tebus Rebat Sehingga RM300 4
Tawaran ini adalah masa terhad dan tersedia secara eksklusif dengan pelan Prihatin ini dan bukan dengan Pelan Digi Prepaid yang lain.

Berikut pula adalah Digi Postpaid yang layak untuk tawaran ini iaitu Digi Postpaid 60 dan Prihatin 40 Postpaid Bundle.

– Digi Postpaid 60

Tebus Rebat Sehingga RM300 5
Semua pelan Digi Postpaid termasuk SIM Sahaja, Pakej Telefon & PF365 yang bernilai RM38 dan ke atas turut layak untuk tawaran ini. Pelan Digi Family & Digi Broadband tidak termasuk

– Prihatin 40 Postpaid Bundle

Tebus Rebat Sehingga RM300 6
Tawaran ini adalah masa terhad dan tersedia secara eksklusif dengan pelan Prihatin ini dan bukan dengan Pelan Digi Postpaid yang lain

Untuk info lanjut, sila layari laman rasmi Digi Jaringan Prihatin. Atau anda boleh ke pusat Digi berdekatan anda untuk penerangan lebih jelas berkaitan Program Jaringan Prihatin ini.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY