Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
moderna pfizer

Didakwa Melanggar Paten Teknologi Vaksin Covid-19, Moderna Saman Pfizer Dan BioNTech

Diterbitkan Ogos 26, 2022 ยท Dikemas kini Ogos 26, 2022 oleh Amalina Athman

Pengeluar vaksin, Moderna mengumumkan pemfailan saman terhadap Pfizer dan BioNTech, berikutan pelanggaran paten. Melalui tuntutan yang difailkan di Mahkamah Daerah Amerika Syarikat, Moderna mendakwa vaksin Covid-19 Pfizer dan BioNTech, iaitu Comirnaty telah melanggar paten yang difailkan Moderna di antara tahun 2010 dan 2016, yang meliputi teknologi vaksin mRNA miliknya.

Menurut Moderna, tujuan tuntutan undang-undang itu adalah bagi melindungi platform teknologi inovatif mRNA, di mana pihaknya telah melabur berbilion dolar dalam mencipta, dan kemudiannya dipatenkan sepanjang sedekad sebelum wabak Covid-19.

Berkaitan

  • Pfizer Kata Dos Ketiga Beri Perlindungan Lebih Baik Untuk Varian Baru
  • Ini Definisi Vaksinasi Bermula 1 April 2022, Semak Jika Status Anda Berubah

Selain itu, turut dinyatakan patennya tidak dikuatkuasakan pada 2020 berikutan mengambil kira keadaan semasa pandemik Covid-19, sebagai komitmen bagi mengutamakan akses kepada kesihatan global.

Menyedari keperluan untuk memastikan akses berterusan kepada vaksin Covid-19, Moderna tidak merancang untuk mengeluarkan vaksin Comirnaty daripada pasaran dan tidak meminta injunksi untuk menghalang penjualannya pada masa hadapan.

Sebagai tambahan, Moderna juga tidak menuntut ganti rugi yang berkaitan dengan jualan Pfizer di negara berpendapatan rendah dan sederhana serta tidak menuntut ganti rugi untuk jualan Pfizer kepada kerajaan Amerika Syarikat. Selaras dengan paten Moderna, syarikat itu juga tidak menuntut ganti rugi bagi sebarang aktiviti berkaitan penggunaan teknologi itu yang berlaku sebelum 8 Mac 2022.

Bagaimanapun, Moderna menjangkakan syarikat seperti Pfizer dan BioNTech menghormati hak harta inteleknya dan mempertimbangkan lesen komersial, di mana mereka gagal berbuat demikian. Dengan itu, Moderna melalui tuntutan saman itu meminta pampasan daripada Pfizer dan BioNTech, berikutan penggunaan berterusan Cominarty terhadap paten teknologi miliknya.

Untuk pengetahuan, kedua-dua Moderna dan Pfizer/BioNTech menghasilkan vaksin Covid-19 dengan menggunakan teknologi mRNA.

Sumber: Moderna

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
©2026 WISER.MY