KFC bekerjasama dengan Antwork.
Syarikat pemula dari China yang menyediakan servis penghantaran barang menggunakan dron dilaporkan telah bekerjasama dengan rangkaian gergasi makanan segera KFC di China bagi perkhidmatan penghantaran makanan kepada para pelanggan KFC.
Sebuah video yang dikongsikan di laman YouTube memaparkan seorang pekerja KFC di China membuat proses penghantaran tersebut menerusi mesin dron.
https://www.youtube.com/watch?time_continue=15&v=MwPAcrPFMXw
Selepas set makanan KFC dimuatkan ke dalam mesin tersebut, dron dilihat terus keluar melakukan servis penghantaran pakej kepada pelanggannya.
KFC telah mula berkolaborasi dengan Antwork sejak pertegahan tahun ini bagi penghantaran makanan mereka.
https://www.youtube.com/watch?v=TXMfBxix2j4
Ini bukanlah kali pertama Antwork menyediakan servis penghantaran makanan menerusi dron. Sebelum ini tidak lama selepas Antwork ditubuhkan pada November 2015, mereka telah mula menghantar pakej buah-buahan dan sayuran di China pada April 2016.
Malah mereka juga pernah bekerjasama dengan pihak Starbucks dengan melakukan lebih daripada 9,000 penerbangan dron bagi menghantar kopi kepada para pelanggan Starbucks.
Antwork juga turut berkolaborasi dengan pihak beberapa hospital di China bagi servis penghantaran bekalan perubatan.
Berkaitan
- China Didakwa Memaksa Pelancong Memasang Aplikasi Intip Di Sempadan Negara Mereka
- Pengeluar Kereta Elektrik Dari China Tewaskan Tesla Dari Segi Jumlah Pengeluaran Kenderaan Tahun Ini
- Gelombang Panas Diramal Landa Utara China 2 Minggu Lagi, Suhu Lebih 40 Darjah Celsius
- Menteri Lithuania Mengesyorkan Pengguna Di Negara Itu Membuang Telefon Pintar China
- Tak Lama Selepas Dilancarkan, "ChatGPT" Buatan China Gagal Berfungsi
- China Meluluskan Undang-Undang Perlindungan Data Peribadi Paling Ketat Di Dunia
- China Kini Menghalang Sepenuhnya Laman Wikipedia Daripada Diakses
- Kerajaan Harus Berwaspada Terhadap Dron Yang Diterima Secara Percuma Dari A.S
- Pekerja Produksi iPhone Di China Dilaporkan Mengganas, Berlaku Protes Besar-Besaran
- Giliran China Pula Tuduh Cip Syarikat AS Ancam Negaranya