Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Deepfake investment

Denmark Negara Pertama Iktiraf Wajah, Suara Dan Tubuh Sebagai Harta Peribadi

Diterbitkan Oktober 6, 2025 oleh ariff bukhari

Denmark mencatat sejarah sebagai negara pertama di dunia yang secara sah mengiktiraf wajah, suara dan tubuh manusia sebagai harta peribadi.

Jadi, dengan pindaan undang-undang hak cipta tersebut, rakyat negara itu kini berhak menuntut penghapusan kandungan atau menuntut bayaran jika imej, suara atau rupa mereka digunakan tanpa kebenaran, termasuklah dalam kandungan yang menggunakan media sintetik janaan AI, atau singkatannya deepfake.

Menteri Kebudayaan, Jakob Engel-Schmidt, menegaskan undang-undang baharu ini menghantar mesej jelas bahawa setiap individu berhak ke atas identiti diri mereka.

Rang undang-undang itu dijangka mendapat sokongan besar di parlimen dan akan dibentangkan selepas sesi perundingan musim panas.

Peraturan baharu ini akan memaksa platform digital menurunkan kandungan tiruan realistik tanpa izin, termasuk persembahan artis yang dijana secara digital. Namun, parodi dan satira tetap dibenarkan.

Denmark berharap langkah ini menjadi model untuk negara Eropah lain, dan jika syarikat teknologi gagal mematuhinya, denda berat boleh dikenakan.

Berkaitan

  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • UMT Lancar Pusat Penyelidikan Inovasi Tenaga Boleh Diperbaharui Luar Pesisir Pertama Negara
  • Kabel Dasar Laut Hubungkan Asia Tenggara Dan AS Sudah Sedia Beroperasi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • TikTok Shop Naikkan Kadar Komisen Bagi Kebanyakan Kategori - Berkuat Kuasa 31 Oktober 2026
  • Prapesan iPhone Duo Kini Dibuka Di Malaysia - Harga Bermula RM9,499
  • Malaysia Percepat Reka Bentuk Cip Menerusi IP Arm, Enam Cip Tempatan Dilancarkan
  • 3 Digital Audio Player Bawah RM400
  • Senario Terburuk Krisis Iklim Di Asia Selatan, 40.5 Juta Penduduk Berisiko Jadi Pelarian Menjelang 2050
  • Genting Dan Huawei Akan Bersama Bangunkan Bandar Pintar Teknologi Di Johor
  • RAM Mahal? 8GB Sudah Cukup Untuk PC Windows 11 - Microsoft
  • Sony Walkman Baharu Dipacu Android Dilancar Pada Harga ~RM11,750
©2026 WISER.MY