Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cara Alternatif Untuk Membuka Fail Berformat Microsoft Word

Denmark Mahu Tinggalkan Perisian Microsoft, Beralih Ke LibreOffice

Diterbitkan Jun 13, 2025 oleh ariff bukhari

Kementerian Hal Ehwal Digital Denmark akan beralih daripada perisian Microsoft seperti Windows dan Microsoft 365 kepada perisian sumber terbuka seperti Linux dan LibreOffice.

Peralihan ini akan bermula pada bulan depan dengan melibatkan separuh kakitangan kementerian yang dijangka akan selesai sepenuhnya pada musim luruh.

Tujuan perubahan ini adalah untuk menjimatkan kos, mengurangkan kebergantungan kepada perisian dari Amerika Syarikat dan meningkatkan “kedaulatan digital.”

Ia juga sebagai langkah Kerajaan negara itu mengelakkan kos tinggi menguruskan Windows 10 yang akan dihentikan sokongannya pada Oktober nanti.

Walau bagaimanapun, menteri Kementerian Hal Ehwal Digital Denmark berkata, mereka mungkin akan kembali kepada Microsoft semula jika peralihan itu terlalu rumit.

Dua bandar besar lain di Denmark, Copenhagen dan Aarhus turut merancang langkah sama, sebagai usaha mengurangkan kebergantungan kepada syarikat teknologi AS dan menyokong perisian sumber terbuka.

Berkaitan

  • Bina PC Power Tanpa Koyak Poket: JOI Work Ultra PC Jawapannya
  • Jangan Cas Telefon Pintar Anda Dengan Port Pengecas USB Di Lapangan Terbang - TSA
  • HONOR Perkenal X6c - Telefon Pintar RM599 Dengan Butang AI & Bateri Besar

Sumber: PCMag

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • OpenAI Dilapor Tawar Gaji Sehingga RM2.1 Juta Setahun Untuk Kerja Futuristik Ini
  • Penang Port Jadi Pelabuhan Pertama Di Malaysia Guna Rangkaian 5G Persendirian
  • Pesawat Elektrik Berkuasa Solar Rekod Penerbangan Setinggi 9,640 Meter
  • Kementerian Kewangan Nafi Dakwaan Caj Perkhidmatan QR Akan Dikenakan Mulai 1 November
  • TikTok Shop Naikkan Kadar Komisen Bagi Kebanyakan Kategori - Berkuat Kuasa 31 Oktober 2026
  • Prapesan iPhone Duo Kini Dibuka Di Malaysia - Harga Bermula RM9,499
  • Malaysia Percepat Reka Bentuk Cip Menerusi IP Arm, Enam Cip Tempatan Dilancarkan
  • 3 Digital Audio Player Bawah RM400
©2026 WISER.MY