Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
media sosial_wisermy

Denmark Cadang Sekat Media Sosial Bagi Kanak-Kanak Bawah 15 Tahun

Diterbitkan Oktober 9, 2025 · Dikemas kini Oktober 9, 2025 oleh ariff bukhari

Perdana Menteri Denmark, Mette Frederiksen, mencadangkan larangan penggunaan media sosial seperti TikTok, Instagram dan Snapchat bagi kanak-kanak yang berumur di bawah 15 tahun.

Beliau menyatakan bahawa telefon pintar dan media sosial telah “merampas zaman kanak-kanak” serta menyumbang kepada peningkatan masalah kebimbangan, kemurungan dan gangguan tumpuan.

Cadangan ini disokong oleh beberapa negara EU seperti Perancis, Itali dan Sepanyol yang turut menuntut mekanisme semakan umur lebih ketat.

Namun, tiada rang undang-undang rasmi diumumkan dengan isu pengesahan umur kekal sebagai cabaran utama untuk undang-undang ini dilaksanakan.

Pakar dasar teknologi, Jessica Galissaire, memberi amaran bahawa larangan semata-mata tidak mencukupi dan boleh memudaratkan.

Beliau menekankan keperluan ruang sosial selamat untuk remaja serta tanggungjawab platform digital dalam melindungi pengguna muda.

Berkaitan

  • Australia Luluskan Larangan Media Sosial Untuk Remaja Bawah 16 Tahun
  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • Google Lancar Pelan AI Plus Di Malaysia – Akses Gemini 2.5 Pro & 200GB Storan, Harga RM23.99 Sebulan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 10 Model Telefon Pintar 2026 Dengan Kamera Terbaik Menurut DXOMARK
  • 7 Pengasas Anthropic Kini Pegang Kepentingan Syarikat Bernilai Lebih RM88 Bilion Seorang
  • TikTok Lancar Ciri Kesan Deepfakes Bantu Pengguna Kenal Pasti Kandungan AI
  • Pengguna Canva Kini Boleh Matikan Ciri AI Generatif, Hadkan Kandungan Dijana AI
  • Yoghurt Beku (Yobe) Kini Terus Ke Rumah Anda Dengan foodpanda
  • Singapura Mula Tanggalkan Gantri ERP, Caj Jalan Raya Guna Satelit Mulai 1 Januari 2027
  • 3 Headphone ANC Bawah RM600
  • Ribuan Pekerja Anthropic Kini Jadi Jutawan Selepas Disenarai Di Wall Street
©2026 WISER.MY