Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Saintis Analisis Bahan Nadir Bumi Yang Terkandung Di Dalam Sesebuah Telefon Pintar

Saintis Analisis Bahan Nadir Bumi Yang Terkandung Di Dalam Sesebuah Telefon Pintar

Diterbitkan April 30, 2019 · Dikemas kini Disember 5, 2025 oleh ariff bukhari

Jangan dibuang begitu saja. Kitar semula peranti pintar anda.

Dr Arjan Dijkstra, pensyarah dalam bidang Igneous Petrology and Earth Materials serta Dr Colin Wilkins, pensyarah dalam bidang Economic Geology dari Universiti of  Plymouth telah menjalankan kajian bagi mengetahui bahan-bahan nadir bumi apakah yang terdapat di dalam sebuah telefon pintar.

Untuk kajian tersebut, mereka telah menggunakan telefon pintar iPhone model terdahulu sebagai sampel kajian.

Kaedah yang digunakan pula adalah dengan menghancurkan peranti tersebut sehingga menjadi debu dan kemudiannya, debu tersebut dicampurkan pula bersama bahan sodium peroxide (bahan pengoksida yang kuat) pada suhu 500 darjah celsius.

Apabila dicampur dengan bahan tersebut, barulah saintis dapat menjalankan analisis kimia bagi melihat kandungan nadir bumi yang terdapat di dalam peranti pintar itu.

Daripada hasil kajian yang dijalankan, saintis mendapati bahan nadir bumi yang diperlukan untuk menghasilkan sebuah telefon pintar adalah terdiri daripada silikon, besi, karbon, kalsium, aluminium, kromium, tembaga, nikel dan tin serta 14 lagi bahan nadir bumi yang lain.

Walaupun jumlah kandungan bagi setiap bahan nadir bumi yang digunakan  bagi menghasilkan sebuan telefon pintar itu adalah sangat kecil. Tetapi jika dilihat pada jumlah pengeluarannya pada setiap tahun yang lebih daripada 1.4 juta unit peranti dari pelbagai pengilang, ia adalah satu jumlah yang sangat besar.

Ia melibatkan aktiviti perlombongan berskala besar bagi mendapatkan bahan-bahan tersebut yang boleh menjejaskan alam sekitar.

Oleh itu, sekiranya anda memiliki peranti pintar yang rosak atau tidak digunakan lagi, janganlah dibuang begitu sahaja.

Sebaiknya hantarlah peranti-peranti tersebut di pusat-pusat pengumpulan khas bagi mengkitar semula peranti itu. Bersamalah kita memulihara alam sekitar.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
  • CelcomDigi Meterai Kerjasama 15 Tahun, Bakal Sediakan Sambungan Gentian Optik Di Kulim Hi-Tech Park
  • OpenAI Akan Satukan Had Penggunaan ChatGPT Dan Codex Mulai Disember
  • Maklumat Pelanggan Mungkin Terjejas Susulan Insiden Siber Amadeus - Malaysia Airlines
  • Pasport Malaysia 10 Tahun Kini Boleh Diperbaharui Melalui MyOnline Passport
©2026 WISER.MY