Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Demi Kebaikan Palestin, 15 Pekerja Google Protes Projek Nimbus

Demi Kebaikan Palestin, 15 Pekerja Google Protes Projek Nimbus

Diterbitkan September 12, 2022 · Dikemas kini September 14, 2022 oleh Firdaus

Julai 2021, Google telah bekerjasama dengan Israel melalui satu projek yang diberi nama Project Nimbus yang bernilai USD1.2 billion (~RM5.4 bilion).

Projek Nimbus

Dalam projek ini, Google akan menjual teknologi mereka kepada Israel yang dipercayai akan digunakan untuk mengintip dan meninjau (surveillance) rakyat Palestin.

Berkaitan

  • 60% Permohonan Fasa 1 PerantiSiswa Telah Diluluskan, Permohonan Fasa 2 Masih Dibuka
  • Setelah 4 Tahun Berjasa, Siri Galaxy Note Ini Direhatkan Daripada Terima Kemas Kini
  • Microsoft Izin Pegangan CoD Kat PS Lagi 3 Tahun, Sony Cakap Tak Cukup
  • Laluan Melaka-Sumatera Akan Dibina, Dijangka Ambil Masa 20 Tahun
  • Ini Spesifikasi Minimum Yang Diperlukan Telefon Pintar Untuk Menyokong Android 13

Perjanjian itu termeterai selepas Israel mengebom Bandar Gaza pada Mei tahun 2021 lepas, atau lebih tepat lagi ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun tersebut.

Suara 15 Pekerja Google

Pada 30 Ogos lepas, 15 pekerja Google berkongsi akan diskriminasi dan tomahan yang dihadapi mereka dan ramai lagi akibat keputusan mereka untuk membantah perjanjian Projek Nimbus ini.

Tambahan lagi, kebanyakan daripada mereka telah diberikan amaran akibat keputusan mereka yang menzahirkan empati kepada Palestin dan membantah projek ini.

Selain daripada ini, terdapat pelbagai bentuk kesukaran yang mereka perlu hadapi seperti layanan berat sebelah, ugutan bunuh, hinaan kata-kata kesat dan sebagainya.

Kesan Projek Nimbus

November lepas, bekas pengurus pemasaran Ariel Koren salah seorang tunjang utama dalam menentang projek ini telah mengumum untuk meninggalkan Google.

Keputusan itu dibuat selepas beliau menghadapi pelbagai kecaman, ugutan dan ancaman akan pendirian beliau yang bersifat pro-Palestin.

Adakah ini bermaksud Google telah mengembangkan sektor mereka ke bidang ketenteraan berbanding perkhidmatan yang telah mereka tawarkan sebelum ini?

Sumber: AJ+, gizmodo

Gambar utama: Techcrunch

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY