Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Alienware Aurora R16_Lifestyle_4

Dell Lancar Komputer Meja Berkuasa Terbaru, Alienware Aurora R16

Diterbitkan Ogos 8, 2023 · Dikemas kini Ogos 8, 2023 oleh ariff bukhari

Dell hari ini melancarkan komputer meja berkuasa terbaru, Alienware Aurora R16 yang meneruskan legasi kejayaan model Aurora 15 yang diperkenalkan mereka sebelum ini.

Antara ciri utama Aurora R16 ini adalah sistem penyejukkan yang 20% lebih senyap, penggunaan tenaga pemproses (CPU) 10% lebih rendah dan suhu grafik (GPU) 6% lebih rendah.

Komputer meja ini juga adalah sekitar 40% lebih jimat penggunaan ruang tetapi masih mengekalkan kapasiti ruang dalamannya.

Alienware Aurora R16_Standard_35

Perkara pertama yang menonjol kepada pengguna apabila melihat Aurora R16 adalah gelung lampu bujur – juga dikenali sebagai Stadium loop – dipaparkan di sebelah kiri kerangka komputer meja tersebut

Ia menjadi pusat visual; tarikan utama yang direka untuk menarik perhatian.

Alienware Aurora R16_Standard_24

Spesifikasi bagi Aurora R16 boleh dipilih sama ada dilengkapi dengan cip pemprosesan Intel Core i9F Gen-12, i7F Gen 13 atau i9F Gen 13.

Pilihan kuasa grafik pula adalah seperti berikut:-

  • NVIDIA GeForce RTX 3050 8GB GDDR6
  • NVIDIA GeForce RTX 4070 12GB GDDR6X
  • NVIDIA GeForce RTX 4070 Ti 12GB GDDR6X
  • NVIDIA GeForce RTX 4080 16GB GDDR6X

Alienware Aurora R16_Lifestyle_1

Sokongan kapasiti storan pula bermula dari 512GB sehingga 4TB dengan kapasiti RAM DDR5 dari 16GB sehingga 64GB.

Komputer meja Alienware Aurora R16 akan tiba di Malaysia tidak lama lagi dengan harga bermula dari RM10,599.

Berkaitan

  • Google Akan Buang Gambar Tak Senonoh Anda Dari Carian, Jika Anda Minta
  • iQOO Z8 Mungkin Sebuah Peranti 'Flagship' Mampu Milik
  • U Mobile Dan 'Telco' Lain Akan Lancar Pakej 5G Rahmah Pada 31 Ogos 2023

Sumber: Siaran media Dell

(Beli komputer meja Dell dari Dell Authorized Reseller Store di LazzMall Flagship Store dan Shopee Mall)

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Ini 10 Telefon Pintar Android Paling Berkuasa Dalam Ranking AnTuTu Setakat Oktober 2026
  • LUMOS Lancar 4 Model Tablet Mampu Milik, Harga Bermula RM399
  • Ledakan AI Ubah Kuasa Rundingan Pembekal Cip, Apple Kini Berdepan Kos Lebih Tinggi
  • Ladang Angin Seluas Singapura Kini Salur Elektrik Ke Vietnam
  • Google Perkenal Ikon Baharu Untuk Messages, Phone Dan Contacts
  • Lebih 1.3 Juta Set-Top Box Dijangkiti Malware, Google Sekat Salah Satu Pengeluar Peranti Android
  • Serangan Siber Ganggu Sistem Penyejukan Pasar Raya Di Sembilan Negara Eropah
  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
©2026 WISER.MY