Datuk Seri Vida Rasmi Matawang Kripto-nya Sendiri

Matawang kripto kini menjadi kegilaan ramai apabila melihat kepada jumlah pulangan dan nilai semasanya yang meningkat secara mendadak beberapa tahun kebelakangan ini. BitCoin dan Ethereum adalah merupakan matawang kripto paling popular dan bernilai tinggi hari ini. Ramai pihak telah melabur pada matawang digital ini termasuk lah Dato Seri Vida, jutawan kosmetik popular tanah air.

Setelah menikmati sendiri hasil keuntungan daripada pelaburan tersebut, Dato Vida telah mengambil keputusan untuk menghasilkan matawang digitalnya sendiri. Ini bukanlah angan-angan kosong, ia telah pun dilancarkan secara rasmi dengan nama Lavida Coin, lapor Utusan Malaysia semalam.

Kredit : Dato Seri Vida.Fanpages@FB


Menurut laporan itu, beliau melancarkan matawang kripto berkenaan bertujuan bagi membantu orang ramai dalam membuat pelaburan dengan lebih mudah, telus dan kos yang lebih rendah. Ia sekaligus dapat menjadikannya sebagai medium untuk beliau menghulurkan sokongan kewangan secara tidak langsung kepada orang ramai.

Dato Seri Vida turut mengajak orang ramai untuk melabur ke Lavida Coin sekarang kerana harganya masih lagi rendah(1 LVC = RM 2.71) sebelum dijangka naik mendadak menjelang hujung tahun ini. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, anda boleh layari laman sesawang rasmi Lavida Coin.

 

Sumber