Data Internet 1GB Percuma Untuk Pengguna Yes

Penyedia telco tempatan, yes hari ini menawarkan ganjaran menarik buat pengguna mereka bersempena dengan ulangtahun ke-9 mereka.

Sebagai tanda terima kasih kepada pengguna selama 9 tahun mereka menyediakan perkhidmatan, yes telah mengumumkan data internet percuma sebanyak 1GB untuk pelanggan pascabayar dan prabayar yang aktif.



Tawaran data 1GB percuma ini hanya dijalankan hari ini sahaja (19 November 2019) dan anda perlu menebus sebelum jam 11.59 malam ini melalui aplikasi MyYes4G atau kunjungi laman web Yes Self Care atau Express Reload.

Diingatkan bahawa ganjaran ini hanya boleh dinikmati oleh pelangan pelan tonnage sahaja. Pengguna Konfem LTE Data Add-Ons, Konfem Unlimited pascabayar dan prabayar tidak termasuk dalam penawaran ini.