Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Aplikasi MySejahtera Dikemaskini, Notifikasi Akan Dihantar Kepada Pengguna Yang Positif Covid-19

Data 38 Juta Pengguna MySejahtera Didakwa Berisiko Dimanipulasi Sindiket Jenayah

Diterbitkan April 13, 2022 · Dikemas kini April 13, 2022 oleh Firdaus

Penggunaan aplikasi MySejahtera sejak bermulanya Pandemik Covid-19 adalah untuk merekodkan tempat yang dikunjungi agar tindakan pantas boleh diambil sekiranya jangkitan telah berlaku.

Akan tetapi, setelah 2 tahun pandemik ini melanda negara ini timbul satu isu keselamatan aplikasi ini akan maklumat peribadi pengguna yang sepatutnya terjaga dan sulit.

Seramai 38 pengguna aplikasi MySejahtera berisiko data mereka dimanipulasi dan disalah guna oleh sindiket jenayah antarabangsa. Tambahan lagi, data tersebut boleh digunakan untuk tujuan pemalsuan dokumen, penipuan online dan lain-lain.

Data maklumat peribadi pengguna MySejahtera disimpan dalam pelayan data yang berisiko tinggi untuk digodam oleh sindiket jenayah.

Di samping itu, perkara ini ada dilaporkan Utusan Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara di laman  pada 12 April. Walau bagaimanapun, MKN telah memadam semula berita tersebut.

data pengguna MySejahtera

Saya mendapati berita yang dilaporkan MKN itu telah tiada ketika saya mengaksesnya pada pagi ini. Perkara ini tidak dinafi mencurigakan dan merupakan satu perkara yang besar kerana ini melibatkan data rakyat Malaysia.

data pengguna MySejahtera

Sindiket yang tidak bertanggungjawab boleh memanipulasi data tersebut seperti penjualan sijil vaksinasi, penipuan perlaburan mahupun pencurian identiti.

Pihak kerajaan digesa untuk mengambil tindakan dalam memastikan keselamatan data peribadi pengguna aplikasi MySejahtera dan rakyat negara ini.

Sumber: Utusan Malaysia, MKN

Baca juga:

  • Kenapa Perlu Ada ‘Cop’ SIRIM? Ini Jawab Mereka
  • Ubat Antiviral COVID-19 Sudah Tiba Di Malaysia
  • KKM Nasihatkan Jangan Beli 2 Kit Ujian Kendiri COVID-19 Ini

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY