Dark Reader Mengaktifkan Tema Gelap Pada Semua Laman Sesawang Yang Anda Lawati

Percuma untuk Chrome dan Firefox, berbayar untuk Safari.


Sepanjang tahun ini, tema gelap boleh dikatakan antara ciri yang popular di dalam dunia teknologi khususnya berkaitan antaramuka sistem dan aplikasi. Begitu juga dengan pembangun pelayar laman sesawang yang mula perkenalkan ciri tema gelap pada aplikasi pelayar mereka.

Walaubagaimanapun, tema gelap bagi pelayar sesawang hanya terhad kepada antaramukanya sahaja. Tidak pula pada laman sesawang yang dilawati. Walaupun sebahagian besar laman sesawang juga kini telah mula banyak menggunakan tema gelap, tapi ia mungkin tidak menyeluruh.

Jadi, sekiranya anda ingin mengaktifkan ciri tema gelap pada mana-mana laman sesawang yang dilawati, anda boleh memasang extension Dark Reader pada pelayar anda.

Kapsyen: Extension Dark Reader untuk aplikasi pelayar Google Chrome.


Apabila Dark Reader dipasang pada pelayar, ia secara automatik akan diaktifkan dan menjadikan laman sesawang yang anda layari itu kepada tema gelap keseluruhannya.

Kapsyen: Perbandingan apabila Dark Reader diaktifkan.


Extension Dark Reader boleh dimuat turun dan dipasang pada aplikasi pelayar Safari (Mac App Store, RM19.90), Chrome (Chrome Web StorePercuma) atau Firefox (Firefox Browser Add-Ons, Percuma).

Selamat mencuba.

Berkaitan