Dapatkan Vivo Y15 Pada Harga RM 100 Melalui Langganan Smart68+ redONE

redONE Network Sdn Bhd bersama-sama vivo Malaysia menawarkan tawaran menarik bagi pelanggan vivo Mobile Number Portability (MNP). Kepada pelanggan yang melanggan pelan Postpaid Smart68+ redONE, mereka berpeluang untuk mendapatkan vivo Y15 dengan hanya RM 100 daripada harga asal iaitu RM 599.

Bagi pengguna yang kini menggunakan pelan pascabayar mudah alih dan prabayar, mereka juga boleh beralih ke redONE dengan mengekalkan nombor telefon semasa.

Pelan Postpaid Smart68+ redONE menawarkan panggilan tidak terhad, 10GB redVIDEO danĀ  20GB kuota data 4G LITE kepada semua rangkaian. redVIDEO merangkumi saluran penstriman video termasuk YouTube, Netflix, iflix, VIU dan banyak lagi. Dengan hanya RM 68 sebulan, pelanggan yang melanggan pelan Postpaid Smart68+ akan terikat dengan kontrak selama 24 bulan.

vivo y15

Vivo Y15 hadir dengan paparan skrin 6.35 inci dan sistem operasi Funtouch OS 9 berdasarkan Android 9.0. Ia dilengkapi dengan bateri berkapasiti 5000mAh bersama teknologi penjimatan kuasa pintar untuk bertahan lebih lama, sesuai bagi penggunaan seperti bermain permainan mudah alih, menonton video atau mendengar muzik.

Dijana dengan RAM 4GB dan 64GB ROM, ia membolehkan pengguna menyimpan lebih banyak aplikasi dan membuatnya berjalan lancar. Bagi kamera hadapan, Vivo Y15 mempunyai kamera hadapan 16MP, dan mempunyai 3 kamera di bahagian belakang yang memaparkan kamera utama 13MP, Kamera Wide-Angle 8MP, dan Depth Sensor Camera 2MP yang mampu memberikan penghasilan imej baik. Ia didatangkan dengan dengan dua variasi warna, Aqua Blue dan Burgundy Red.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman rasmi redONE dan Facebook vivo Malaysia.

Berkaitan