Sempena jualan 6.6 yang bakal tiba, tentu banyak jenama akan menawarkan pelbagai promosi terbaik di Shopee dan Lazada. Oleh itu, vivo ada menawarkan diskaun, hadiah, dan rebat pada peranti telefon pintar terpilih mereka.
Dalam masa yang terhad, pelanggan boleh mendapatkan diskaun sehingga 26% dan hadiah bernilai hingga RM359 bagi peranti terpilih di Shopee.
Untuk pembelian di Lazada, ada diskaun sebanyak 10%, cashback 50%, dan hadiah bernilai sehingga RM648 bagi peranti terpilih.
Baca juga – Beli Peranti vivo Di Lazada, Dapat Baucar Dan 50% “Cashback
Antara produk menarik yang mendapat potongan harga adalah vivo Y1s, vivo Y20s, siri vivo V20, dan siri vivo X50.
Menariknya lagi, setiap pembelian siri vivo V21 akan menerima rebat RM50, baucer RM100 OGAWA, pelindungan skrin dan waranti tambahan satu tahun bernilai RM399.
Layari kedai rasmi vivo di Shopee dan Lazada untuk ketahui lebih banyak tawaran menarik pada jualan 6.6 nanti.
Baca juga – vivo V21 Dengan Sokongan 5G Dilancarkan Di Malaysia
Sumber: siaran akhbar Shopee dan Lazada