Dapatkan Redmi Note 8 Pro Dengan Harga RM999 Di Lazada dan Shopee

Dapatkan tawaran ekslusif dalam talian daripada kedai rasmi Mi bermula 8 Oktober sehingga 11 Oktober 2019 ini apabila anda membuat pra pesanan peranti terbaru keluaran Xiaomi, iaitu Redmi Note 8 Pro dan Redmi Note 8.



Lazada dan Shopee menawarkan Redmi Note 8 Pro dengan potongan harga sebanyak RM100 dan menjadikan telefon pintar itu dijual dengan harga promosi RM999.



Pihak Xiaomi juga turut membuat promosi tempahan awal untuk model 4GB/64GB bagi Redmi Note 8 dengan disertakan fon telinga tanpa wayar Mi True Wireless percuma berharga RM99.

Sepertimana yang anda tahu, kedua-dua model ini telah pun secara rasminya diperkenalkan di Malaysia semalam dan telah mendapat sambutan hangat.



Redmi Note 8 Pro hadir dengan skrin bersaiz 6.53 inci FullHD+ LCD. Mempunyai 4 kamera belakang dengan 64MP kamera utama, 8MP sudut ultra lebar, 2MP makro dan 2MP sensor data jarak manakala 20MP untuk kamera swafoto.

Manakala untuk Redmi Note 8, ia hadir dengan skrin 6.3 inci FullHd+ LCD dikuasakan oleh cip Snapdragon 665 dan bateri 4,000mAh. Tetapan 4 kamera belakang adalah sama dengan model Pro, cuma kamera utamanya menggunakan 48MP. Kamera swafoto pula bersaiz 13MP.

Untuk dapatkan maklumat lebih lanjut mengenai promosi istimewa ini, layari laman rasmi Lazada dan Shopee.