Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Dapatkan Kembali Hak Anda, Ini Cara Untuk Semak Wang Tidak Dituntut Yang Dipegang Kerajaan

Dapatkan Kembali Hak Anda, Ini Cara Untuk Semak Wang Tidak Dituntut Yang Dipegang Kerajaan

Diterbitkan Ogos 20, 2020 oleh Meor Hasyim

Tahukah anda, sepanjang tahun 2019, lebih dari RM9 billion jumlah wang tidak dituntut (WTD) yang dipegang oleh kerajaan.

Wang tidak dituntut atau WTD adalah merupakan wang yang sepatutnya dibayar kepada seseorang namun gagal dibayar dalam tempoh setahun.

Jumlah ini adalah meliputi:

  • gaji, upahan, bonus, komisen dan wang lain yang kena dibayar kepada kakitangan;
  • dividen;
  • keuntungan yang diisytiharkan untuk dibahagikan;
  • tuntutan insurans yang telah diluluskan untuk bayaran;
  • draf bank, cashier’s order, dan dokumen lain yang mempunyai fungsi yang serupa di mana tempoh sah lakunya telah luput;
  • simpanan tetap (tanpa arahan pembaharuan automatik) yang telah matang;
  • cagaran dan deposit apabila tujuan wang itu dikutip telah tercapai;
  • pemiutang pelbagai atau penghutang pelbagai berbaki kredit.

Selain itu, wang dalam akaun yang tidak aktif selama tujuh tahun termasuk dalam WTD. Contohnya:

  • Akaun simpanan;
  • Akaun semasa;
  • Simpanan tetap (yang mempunyai arahan pembaharuan automatik).

Pada tahun 2018, Sistem Maklumat Wang Tak Dituntut Kerajaan Elektronik (eGUMIS) telah diaktifkan untuk membolehkan orang ramai menyemak wang mereka yang tidak dituntut.

Login eGUMIS: Sistem Semakan Wang Tak Dituntut Online

Sehubungan dengan itu, anda digalakkan untuk menyemak sendiri wang anda ini. Tambahan lagi, sistem ini juga berkebolehan untuk menyemak wang orang lain kerana ia adalah berpandukan dari nombor IC sahaja.

Justeru, anda juga seharusnya menyemak bagi pihak ahli keluarga anda terutamanya golongan ibu bapa, nenek, datuk, dan seterusnya yang berkaitan.

Cara Semak Wang Tidak Dituntut

Langkah 1 : Layari pautan portal https://egumis.anm.gov.my/
Langkah 2 : Buat pendaftaran pengguna secara atas talian. Pengguna akan terima emel menyatakan kata laluan sementara untuk log masuk ke portal.
Langkah 3 : Log masuk portal menggunakan kata laluan sementara yang diemel. Pengguna perlu menukar kata laluan baharu.
Langkah 4 : Kemaskini maklumat pengguna.

Langkah 5 : Klik pada “KLIK DI SINI UNTUK CARIAN WANG TAK DITUNTUT” untuk membuat semakan WTD melalui nombor pengenalan diri atau nombor pendaftaran syarikat dan cetak maklumat Wang Tak Dituntut tersebut (jika ada).

Screenshot (223)
Antara muka eGUMIS

Untuk nombor kad pengenalan tersebut, perlu diingatkan hanya 2 carian sehari sahaja dibolehkan. Untuk serahan WTD ini, tiada sebarang caj dikenakan.

Untuk maklumat lanjutm anda boleh rujuk garis panduan tuntutan WTD.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
©2026 WISER.MY