Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Dakwaan Duit Guru Hilang Selepas Daftar PADU Adalah Palsu

Dakwaan Duit Guru Hilang Selepas Daftar PADU Adalah Palsu

Diterbitkan Februari 8, 2024 · Dikemas kini Februari 8, 2024 oleh ariff bukhari

Kementerian Ekonomi hari ini memaklumkan ada pihak yang menularkan mesej di aplikasi Facebook dan WhatsApp mengenai dakwaan kehilangan duit dari akaun bank selepas pendaftaran PADU.

Kejadian itu dikatakan kononnya berlaku kepada guru sekolah di Terengganu.

Dakwaan Duit Guru Hilang Selepas Daftar PADU Adalah Palsu

Ekoran itu, Kementerian Ekonomi menegaskan bahawa sekiranya anda menerima mesej berkaitan maklumat seperti itu, ia adalah palsu.

Dakwaan Duit Guru Hilang Selepas Daftar PADU Adalah Palsu

Kementerian itu berkata, selepas semakan dibuat, tiada sebarang laporan polis berkenaan isu tersebut berlaku di Terengganu.

Tiada juga sebarang aduan berkenaan isu itu di dalam sistem aduan kerajaan (SISPAA).

Sebagai respon, isu ini telah dipanjangkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk tindakan lanjut.

Orang ramai diminta berhati-hati dan semak dengan saluran rasmi kerajaan sebelum berkongsi apa-apa maklumat daripada sumber tidak rasmi.

Berkaitan

  • Senarai Kaunter Daftar PADU Seluruh Malaysia
  • Indeks ICT Negara Di Kedudukan Ke-15 Dunia, Lepasi Skor Purata Global
  • Nama Kementerian Peralihan Tenaga Kini Dikenali Sebagai PETRA

Sumber: Kementerian Ekonomi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
  • Kerajaan Tidak Tolak Kemungkinan Haramkan Waze Di Malaysia - PM Anwar
  • Filem AI Pertama China Berharga ~RM6.1 Juta Mula Ditayangkan Di Pawagam
©2026 WISER.MY