Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Proklamasi Darurat

Daftar Kad Sim Tanpa Pengesahan, Sebanyak RM750,000 Kompaun Dikeluarkan Kepada Syarikat Telco

Diterbitkan Disember 9, 2020 oleh Amalina Athman

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) kini telah mengeluarkan sebanyak 15 kompaun bernilai RM750,000 pada 4 Disember 2020. Kompaun tersebut dikeluarkan kepada lima syarikat telekomunikasi atas kesalahan pendaftaran kad sim prabayar tanpa membuat pengesahan maklumat pengguna.

Menurut MCMC, tindakan tersebut adalah susulan daripada audit yang dijalankan oleh pihaknya di Pahang, Kelantan dan Terengganu sekitar Ogos dan Oktober tahun lepas.

Digi mendahului senarai penerima jumlah kompaun tertinggi dengan 5 kompaun bernilai RM250,000. Ia kemudian diikuti dengan Maxis Broadband sebanyak 4 kompaun bernilai RM200,000.

Sementara itu, U Mobile menerima 3 kompaun dengan nilai RM150,000. Tune Talk dan YTL masing-masing menerima 2 kompaun bernilai RM100,000 dan satu kompaun bernilai RM50,000.

kompaun MCMC

Sehingga kini, jumlah kompaun yang dikeluarkan sepanjang tahun 2020 adalah sebanyak 70 kompaun dengan nilai RM3.45 juta. Jumlah ini adalah 16% lebih tinggi berbanding kompaun yang dikeluarkan pada tahun 2019.

Dalam pada itu, MCMC turut menyatakan tindakan yang diambil ini menunjukkan usaha tegas yang berterusan oleh pihaknya dalam melindungi kepentingan pengguna daripada kes-kes penipuan atau scam secara dalam talian yang semakin meningkat.

Sumber: MCMC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kadar Pertumbuhan Syarikat Perlahan, Canva Umum Buang 1,271 Pekerja
  • MyCERT Saran Pengguna iPhone Kemas Kini iOS 27.2 Dengan Segera
  • Microsoft Patenkan AI Yang Boleh Ubah Kata-Kata Ikut Gerak Bibir Dan Ekspresi Wajah Secara Langsung Dalam Video
  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
©2026 WISER.MY