Cyberpunk 2077 Berjaya Mengungguli Carta Jualan Di Steam

Tinggal beberapa hari sahaja lagi permainan yang disebut-sebut, Cyberpunk 2077 akan dilancarkan tetapi permainan ini telah mengungguli carta jualan di platform Steam.

Walaupun ia masih belum dilancarkan, banyak pemain sudah membelinya setelah beberapa kali ditunda. Cyberpunk 2077 boleh dikatakan antara permainan yang paling mendapat perhatian seluruh dunia.

Permainan ini sebenarnya sudah dibangunkan sejak tahun 2012 dan mula diperlihatkan pada acara E3 2018. Nampaknya, jualan bagi Cyberpunk 2077 telah membuktikan bahawa gamers sudah bersedia untuk memainkannya.

Pada kebiasaannya, gamers gemar untuk membeli permainan selepas ia dilancarkan atas faktor untuk melihat ulasan daripada pemain lain tapi sebaliknya berlaku terhadap Cyberpunk 2077.

https://twitter.com/ZhugeEX/status/1333085571401601024?s=20

Menurut pengguna twitter Danial Ahmad, beliau telah mendedahkan senarai carta jualan Steam sehingga 29 November dimana Cyberpunk mengungguli carta tersebut.

Jualan Cyberpunk 2077 juga berjaya mengalahkan permainan Hades dan Doom Eternal dimana kedua-dua permainan ini sudah banyak tercalon dalam Game Awards tahun ini.

Bagi permainan yang sudah lama dibangunkan dan digembar-gemburkan sejak bertahun-tahun, ia kelihatan menarik untuk dilihat sejauh mana permainan ini diterima para pemain.

FINAL FANTASY VII Remake Kapsyen: Final Fantasy 7 Remake


Ia seolah-olah seperti permainan Final Fantasy 7 Remake dimana permainan terkenal ini telah diperlihatkan selama 5 tahun sebelum dilancarkan dan akhirnya tercalon dalam Game of The Year di acara Game Awards.

Cyberpunk 2077 akan dilancarkan 10 Disember ini di seluruh dunia dimana pemain di Malaysia boleh memainkannya pada khamis jam 8 pagi.

Ia tersedia buat semua platform termasuk PC, PS4, Xbox One, Stadia dan XBox Series X/S serta PS5 masih dalam pembangunan. Adakah anda telah membeli dan tidak sabar untuk bermain Cyberpunk 2077?

Sumber: ZhugeEX