Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Saintis IBM Telah Memuatkan Data 330TB Dalam Satu Katrij Kecil

Cuti Sakit Selama 15 Tahun, Seorang Pekerja Saman IBM Kerana Tiada Kenaikan Gaji

Diterbitkan Mei 15, 2023 oleh ariff bukhari

Seorang pekerja di syarikat gergasi teknologi IBM telah memfailkan saman ke atas syarikat itu selepas dia tidak menerima sebarang kenaikan gaji ketika sedang cuti sakit selama 15 tahun.

Pekerja IBM bernama Ian Clifford itu bekerja dengan IBM tetapi dia telah mengambil cuti sakit sejak 15 tahun yang lalu. Berdasarkan profil LinkedInnya, dia telah ‘bersara secara perubatan’ sejak 2013 lalu.

Dia mula bercuti sakit pada September 2008 dan keadaan kekal sedemikian sehingga 2013 apabila dia membangkitkan aduan bahawa dia tidak menerima sebarang kenaikan gaji dalam tempoh lima tahun yang lalu.

IBM dan Clifford mencapai ‘perjanjian kompromi’ di mana dia dimasukkan ke dalam pelan ‘kecacatan syarikat’ supaya dia tidak dipecat.

Bermakna dia kekal sebagai pekerja dengan ‘tiada kewajipan untuk bekerja’ selama tempoh cuti sakitnya itu.

Di bawah syarat pelan kesihatan syarikat di mana pekerja mempunyai hak untuk memperoleh 3/4 daripada pendapatan yang dipersetujui mereka, Clifford telah menerima bayaran tahunan sebanyak £54,028 (~RM303,276) dan akan terus berbuat demikian sehingga dia berumur 65 tahun di mana akhirnya dia akan menerima sekitar £1.5 juta (~RM8.42 juta).

clifford IBM

Bagaimanapun, Clifford menyaman majikannya kerana dia tidak berpuas hati bahawa jumlah itu tidak meningkat dalam dekad yang lalu.

Saman Ian Clifford ke atas majikannya itu dibuat selepas dia membawa IBM ke tribunal pekerjaan atas dakwaan diskriminasi kecacatan dengan aduan yang yang sama pada Februari 2022 lalu.

Walaubagaimanapun, tindakannya itu tidak berhasil selepas tribunal pekerjaan di Reading menolak dakwaannya.

Pihak tribunal menyatakan, Clifford mendapat ‘manfaat yang sangat besar’ dan menerima ‘layanan yang baik’ dari majikannya.

Berkaitan

  • Lebih 50 Aplikasi Android Akan Terima Kemas Kini Antaramuka Baharu
  • TNG eWallet Naikkan Had Minimum Tambah Nilai Melalui FPX Dan Kad Kredit Iaitu RM20
  • OPPO A98 5G Berharga RM1399, Dilengkapi Snapdragon 695 Dan SuperVOOC 67W

Sumber: Ladbible

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
©2026 WISER.MY