Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iphone 11_2

Penghantaran iPhone Seluruh Dunia Meningkat 10% Pada Tahun 2020

Diterbitkan Januari 14, 2021 oleh Amsyar Latif

Menurut laporan terbaru daripada DigiTimes, penghantaran telefon pintar seluruh dunia merosot sebanyak 8.8% menjadi 1.24 bilion unit pada tahun lalu disebabkan pandemik global.

Walau bagaimanapun, ini tidak berlaku kepada Apple di mana mereka menerima peningkatan penghantaran iPhone sebanyak 10% pada tahun 2020.

Namun, telefon pintar 5G juga sebenarnya meningkat kepada 280 hingga 300 juta unit pada tahun 2020 berbanding 20 juta unit pada tahun 2019 disebabkan ramai yang sudah ingin memiliki telefon pintar 5G.

Tambah DigiTimes, Samsung dan Huawei menerima penurunan yang sangat teruk pada tahun lalu. Hanya Apple dan Xiaomi sahaja yang meningkatkan penghantaran mereka pada tahun lepas berbanding tahun 2019.

Selain itu, kajian daripada Omdia, iPhone 11 merupakan telefon yang paling banyak dihantar pada separuh pertama tahun 2020 dan dianggarkan sebanyak 37.7 juta unit yang dihantar.

Sumber: DigiTimes via

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY