Controller DualSense PS5 Boleh Digunakan Pada Windows Dan Android

Beberapa media dan youtuber telah pun menerima konsol PlayStation 5 daripada Sony. Salah seorang youtuber terkenal, Austin Evans telah memuat naik video mengenainya.

Dalam video terbarunya, Austin mendedahkan maklumat yang menarik buat pengguna dimana controller PS5 boleh digunakan pada Android dan juga Windows.

Jika terdahulu, controller pihak ketiga mengalami sedikit kesukaran untuk menyambung terutama pada peranti Android dan ada yang memerlukan aplikasi pihak ketiga untuk ia berfungsi kecuali controller PS4 yang hanya perlu sambungan Bluetooth.

https://www.youtube.com/watch?v=qfZ6yLeC1OI&feature=youtu.be&t=410

Austin dalam videonya cuba menggunakan controller PS5 pada peranti Pixel 5 dan hasilnya sangat baik dengan tiada sebarang masalah. Namun, ciri vibration tidak berfungsi apabila bermain permainan melalui Xbox Game Streaming.

Touchpad pada controller PS5 masih belum diketahui sama ada ia berfungsi atau tidak pada Android akan tetapi touchpad di controller PS4 berfungsi di kebanyakan peranti Android.

Seperti controller PS4, DualSense 5 juga boleh dimainkan pada Windows. Tambahnya lagi, controller PS5 tidak menyokong PlayStation 4 walaupun sambungan berjaya dilakukan.

Untuk pengetahuan, DualSense 5 bukanlah satu controller yang murah tetapi ia tetap satu perkara yang menarik apabila boleh digunakan pada peranti lain terutama jika anda peminat controller dari Sony.

Sumber: Austin Evans