Dalam video terbarunya, Austin mendedahkan maklumat yang menarik buat pengguna dimana controller PS5 boleh digunakan pada Android dan juga Windows.
Jika terdahulu, controller pihak ketiga mengalami sedikit kesukaran untuk menyambung terutama pada peranti Android dan ada yang memerlukan aplikasi pihak ketiga untuk ia berfungsi kecuali controller PS4 yang hanya perlu sambungan Bluetooth.
https://www.youtube.com/watch?v=qfZ6yLeC1OI&feature=youtu.be&t=410
Austin dalam videonya cuba menggunakan controller PS5 pada peranti Pixel 5 dan hasilnya sangat baik dengan tiada sebarang masalah. Namun, ciri vibration tidak berfungsi apabila bermain permainan melalui Xbox Game Streaming.
Touchpad pada controller PS5 masih belum diketahui sama ada ia berfungsi atau tidak pada Android akan tetapi touchpad di controller PS4 berfungsi di kebanyakan peranti Android.
Seperti controller PS4, DualSense 5 juga boleh dimainkan pada Windows. Tambahnya lagi, controller PS5 tidak menyokong PlayStation 4 walaupun sambungan berjaya dilakukan.
Untuk pengetahuan, DualSense 5 bukanlah satu controller yang murah tetapi ia tetap satu perkara yang menarik apabila boleh digunakan pada peranti lain terutama jika anda peminat controller dari Sony.
Sumber: Austin Evans
Berkaitan
- Pra-Tempah vivo Y33s Bermula Hari Ini, Kamera 50MP Dengan Harga RM999
- vivo Jenama Telefon 5G Kedua Yang Pesat Berkembang Di Dunia
- Perjalanan Ke Marikh Hanya Ambil Masa 45 Hari Jika Guna Sistem Laser
- Pengurus Redmi: Nak Redmi K50 Kamera Padu Atau Peranti Harga Mampu Milik?
- Asus ROG Phone 5 - Akan Hadir Dengan Skrin Boleh Ubah Pada Panel Belakang
- Sony WF-1000XM4 Rasmi, Pra-Tempah Bermula Hari Ini
- 5 'Fitness Tracker' Bawah RM200 Yang Boleh Dibeli Sempena 9.9
- 151 Aplikasi Android Ini Perlu Dibuang Segera Kerana Berkait Dengan Scam SMS
- Ini Ciri ‘Best’ iOS 14.5 Yang Anda Patut Tahu
- 25 Lagu Yang Ramai Strim Di Platform Apple Music Tahun 2021