Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Computex 2023 – Lebih 110 Produk Diperkenalkan GIGABYTE

Computex 2023 – Lebih 110 Produk Diperkenalkan GIGABYTE

Diterbitkan Jun 9, 2023 · Dikemas kini Jun 9, 2023 oleh Firdaus

Computex 2023 baru sahaja menutup tirainya pada bulan Mei lepas, dan telah memperagakan pelbagai inovasi dan teknologi baharu daripada pelbagai jenama besar dunia.

Dan tidak ketinggalan juga GIGABYTE mempertontonkan lebih 110 produk baharu mereka di Pusat Pameran Nangang, Taipei.

unnamed (3)

Disebabkan booth GIGABYTE memaparkan lebih 110 produk, tenaga pakar daripada HQ Brand Marketing Division mendirikan booth tersebut dengan lancar walaupun dalam jadual yang padat.

unnamed (2)

Menariknya lagi, CEO NVIDIA, Jensen Huang turut melawat dan meninjau booth GIGABYTE bersama VP dan GM syarikat itu sendiri.

unnamed (1)

Selain itu, YouTuber teknologi terkenal dunia, Linus juga ada melawat dan membuat liputan akan produk-produk GIGABYTE sehari sebelum pameran ini dibuka dalam satu lawatan khas beliau.

unnamed (4)

Sepanjang acara Computex 2023 ini, barisan AORUS Gaming dan AERO telah berjaya memenangi 15 Red Dot Design Awards dan berjaya menarik minat begitu ramai pelawat dan peminat yang hadir di sepanjang acara ini berlangsung.

unnamed (1)

Seperti tahun-tahun sebelum ini, GIGABYTE sekali lagi berjaya memukau komuniti global dengan inovasi baharu, produk yang menarik dan banyak lagi teknologi baharu daripada mereka.

Berkaitan

  • realme 11 Pro Dan Pro+ Rasmi Untuk Pasaran Global
  • Machines Adakan 'Warehouse Clearance' Selama 3 Hari Berturut-Turut
  • ASUS Zenfone 10 Akan Dilancar Hujung Bulan Ini
  • Selain 'Warehouse Clearance', Ini Promosi Machines Yang Sedang Berlangsung Seluruh Negara
  • Korea Selatan Akan Perkenal Buku Teks Digital AI Mulai 2025

Sumber: Siaran Akhbar GIGABYTE.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY