Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Tetapan Pelayar Chrome Untuk Mengurangkan “Beban” Pada PC

Ciri Prestasi Dan Keselamatan Baharu Tiba Pada Pelayar Chrome

Diterbitkan Disember 25, 2023 oleh ariff bukhari

Google menambah baik aplikasi pelayar Chrome mereka dengan memperkenalkan ciri baharu yang dapat pertingkatkan lagi prestasi dan keselamatan Chrome.

Pertamanya adalah ciri yang dikenali sebagai Safety Check di mana kini ia kan diaktifkan sendiri secara automatik di latar belakang semasa anda menggunakan Chrome.

Jika Chrome mengesan sebarang isu, anda akan menerima makluman melalui menu tiga titik di bahagian atas sebelah kanan penyemak imbas untuk anda ambil tindakan.

“Anda akan dimaklumkan secara proaktif jika kata laluan yang disimpan dalam Chrome telah terjejas, mana-mana sambungan anda berpotensi berbahaya, anda tidak menggunakan versi Chrome terkini atau kebenaran tapak memerlukan perhatian anda.” Google.

Ciri Prestasi Dan Keselamatan Baharu Tiba Pada Pelayar Chrome

Selain itu, Google turut memaklumkan mereka sedang mengembangkan Safety Check dalam Chrome untuk mengalih keluar kebenaran tapak yang anda tidak gunakan.

Sebagai contoh, jika anda memberikan tapak akses kepada mikrofon atau lokasi anda untuk melakukan sesuatu 6 bulan yang lalu tetapi tidak pernah melawatinya sejak itu, Chrome akan mengeluarkan kebenaran tersebut daripada tapak tersebut.

Prestasi

Pada tahun lepas, Google telah memperkenalkan ciri kawalan prestasi seperti mod Penjimat Memori untuk membantu Chrome pada desktop berjalan dengan lebih lancar.

Chrome memory saver

Kini Google menambah butiran lanjut tentang penggunaan memori tab anda apabila anda menuding padanya dalam mod Penjimat Memori, termasuk potensi memori yang disimpan apabila ia tidak aktif.

“Kami telah memudahkan untuk menentukan tapak yang harus sentiasa aktif.” Google.

Ciri Prestasi Dan Keselamatan Baharu Tiba Pada Pelayar Chrome
Untuk menyediakan mod Penjimat Memori, pergi ke bahagian Prestasi dalam tetapan anda dan hidupkan Penjimat Memori.

Sebagai tambahan, Google turut menambah ciri Chrome yang membolehkan anda dapat menyimpan kumpulan tab supaya anda boleh mengaksesnya pada peranti desktop lain dan memilih projek anda dengan mudah.

Ciri Prestasi Dan Keselamatan Baharu Tiba Pada Pelayar Chrome

Ciri ini akan dilancarkan dalam beberapa minggu akan datang dalam Chrome pada versi desktop.

Berkaitan

  • Astro Tawar Akses Percuma 6 Saluran Baharu Bermula 1 Januari 2024
  • ASUS Zenbook 14 OLED Dengan Cip Intel Ultra Berkuasa AI Tiba Di Malaysia
  • Buang Segera 3 'Extension' Chrome Popular ni, Diguna Untuk Penggodaman Dan Curi Data

Sumber: Google

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY