Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
google photos_

Ciri “Locked Folder” Pada Google Photos Kini Tiba Untuk Semua Peranti Android

Diterbitkan Disember 7, 2021 · Dikemas kini Disember 7, 2021 oleh Aminuddin Ahmad

Mei lalu, Google telah memperkenalkan “Locked Folder”, sebuah ciri yang membolehkan pengguna menyembunyikan gambar dan video serta mengunci folder yang diingini. Ini sesuai bagi mereka yang ingin menyimpan gambar peribadi atau keluarga agar tidak terdedah terutama jika peranti dihantar ke kedai untuk dibaiki.

Pun begitu, ciri tersebut sewaktu dilancarkan hanya terhad pada telefon Pixel. Berita baiknya, Google nampaknya telah mengotakan janji mereka untuk memperluaskannya ke peranti Android lain. Beberapa pengguna peranti selain Pixel melaporkan mereka juga telah menerima ciri ini.

Anda boleh membuka Googe Photos, pergi ke Library dan kemudian Utilities untuk menggunakannya.

Perlu diingat bahawa ciri ini berasaskan simpanan dalam telefon. Ini bermaksud, sebarang gambar atau video yang dipindah masuk ke dalam Locked Folder akan dipadam dari akaun storan awan anda. Ia juga tidak akan disandarkan (backup) selagi mana ia berada didalam fail yang dikunci itu.

Baca juga:

  • Perkara Yang Perlu Anda Tahu Tentang Had Saiz Storan Google Bermula 1 Jun 2021
  • Google Terbuang Fungsi Menarik Dalam Kemas Kini Google Photos Baharu
  • Cara Mengubah Kualiti Gambar Yang Disimpan pada Google Photos

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY