Ciri Facebook Watch Diumumkan Hari Ini- Pesaing Kepada YouTube

Seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini, Facebook telah memperkenalkan satu segmen baru seakan-akan Youtube, ianya dinamakan Facebook Watch. Facebook telah mendedahkan berita tentang segmen baru ini melalui satu catatan di blog mereka pada Rabu yang lalu.



Melalui Watch, pengguna dapat menonton kiriman video dengan lebih mudah. Pengguna juga diberikan pilihan untuk mengikuti rancangan yang diminati mereka terutamanya video dari artis, jenama atau public figure. Sama seperti apa yang ditawarkan di Youtube.



Untuk ketika ini, ciri ini hanya boleh didapati untuk pengguna di US. Facebook masih belum mengeluarkan tarikh tertentu bila mereka akan sebarkan ciri Watch ini ke serata dunia.

Menurut laporan TechCrunch, sesetengah pengguna akan mempunyai akses ke kandungan dan tab Watch bermula pada hari ini. TechCrunch juga melaporkan bahawa Facebook turut akan membayar setiap video original yang dimuat naik di ruang Watch. Sekali lagi, sama seperti apa yang ditawarkan oleh Youtube, dan secara jelas Facebook nampaknya mahu bersaing secara rapat dengan Youtube.

Sumber: TechCrunch, The Verge, Fb Newsroom